spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bekalan beras masih cukup, kekal RM2.60 sekilogram

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Sehingga kini belum terdapat sebarang data kukuh yang dapat menyokong isu kekurangan bekalan makanan.

Sebaliknya, rakyat ketika ini dipercayai sibuk membuat pembelian dan menjalankan kesediaan kecemasan atau ‘prepping’ sebagai persediaan untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

Ia tercetus ekoran pengumuman beberapa negara mengehadkan eksport bekalan makanan ke Asia khususnya beras yang menjadi makanan utama berbilion penduduk Asia.

Ia malah berlaku angkara pandemik COVID-19 meskipun setiap negara sedang berusaha mengekal harga makanan demi memastikan kestabilan politik masing-masing.

Meskipun permit import (AP) bagi pengimportan beras masih lagi berkuatkuasa, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi jaminan bekalan beras masih kekal mencukupi berikutan hasil pengeluaran komoditi itu berupaya menampung keperluan rakyat sehingga 70 peratus.

Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bahagian Pembangunan Industri Padi (IPB), Azman Mahmood berkata, secara purata pengeluaran beras sehingga kira-kira 200 tan metrik sebulan, iaitu sehingga 70 peratus manakala 30 peratus secara import.

“Pihak kementerian sentiasa berusaha menambah pengeluaran padi tempatan melalui pelbagai kaedah antaranya membangunkan program SMART Sawah Berskala Besar (SBB) sebagai komitmen merangka hala tuju strategik memperkasa industri padi dan beras

“Kita turut melibatkan pemain industri iaitu pembeli beras,” katanya kepada Rumah Terbuka Aidilfitri MAFI 2022, baru-baru ini.

Justeru, Azman berkata turut senada dengan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah, (RISDA) ke arah sifar import bekalan.

“Kita tak mahu lagi bergantung harap pasa import. Kalau boleh mahu capai (eksport) melebihi seratus-peratus,” katanya.

Dalam perkembangan sama, katanya, inisiatif memperkenalkan pek beras pada kadar RM2.60 sekilogram untuk pasaran tempatan adalah harga terendah yang mampu disediakan oleh pihaknya ketika ini.

Katanya, harga itu akan kekal terendah, namun bergantung kepada kerajaan menentukan harga beras pilihan di pasaran.

“Setakat ini, kita kekalkan dengan harga RM2.60 (1kg). Sama ada untuk naikkan atau tidak, tetapi kita masih kekalkan harga sedia ada buat masa ini,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases