spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Tanpa wartawan siapalah masyarakat

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Melihat keghairahan golongan wartawan yang komited ingin memperoleh informasi bagi memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat, mereka ini wajar dijadikan ikon, kata Datin Anriza Wong Cordero.

Menurut Pengarah Plaza Merdeka Sdn. Bhd. dan Pengurus Besar Pusat Beli-belah Plaza Merdeka Kuching ini, golongan wartawan merupakan tulang belakang bagi pihaknya (pusat membeli-belah) mendekati masyarakat dalam membuat sebaran am yang berkualiti.

“Jadikan golongan wartawan sebagai contoh kerana setiap apa yang dilaporkan oleh mereka mempunyai fakta yang benar dan berasas,” katanya.

Anriza berkata demikian ketika ditemu bual Wacanakini.com mengenai peranan pengamal media sempena Hari Wartawan Nasional hari ini.

“Melihat kepada sikap serta azam yang tinggi golongan ini (wartawan) saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional kepada mereka,” ujarnya sambil berterima kasih kepada golongan wartawan di Sarawak yang gigih membanting tulang untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat selama ini.

Sementara bagi Presiden Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (Speca) Datuk Rahman Lariwoo, golongan wartawan di negara ini disifatkan berjaya memupuk keyakinan masyarakat terhadap agenda kerajaan.

“Malahan golongan wartawan di Malaysia dan di negeri ini (Sarawak) mencerminkan integriti yang profesional dalam menyebarkan maklumat untuk pemahaman kita semua,” katanya sambil mengakui Hari Wartawan Nasional hari ini merupakan hari untuk para wartawan mendapat pengiktirafan sewajarnya.

Dalam pada itu, selaku penggiat industri seni Dayak di Sarawak, Jimmy Pelikat menegaskan para wartawan merupakan tonggak kepada kejayaan industri seni tempatan.

“Tanpa wartawan siapalah kami…Industri seni Dayak berjaya dimartabatkan hingga memperoleh ruang di hati peminat adalah disebabkan peranan para wartawan yang mengangkat kami,” jelasnya.

Mendoakan para wartawan di negeri ini sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, Sam Avenido yang merupakan rakyat Filipina berhijrah ke Kuching, Sarawak untuk mencari rezeki memuji sikap para wartawan di Malaysia.

“Semangat mereka harus dicontohi oleh setiap individu kerana mereka meruapakan golongan barisan hadapan tidak kira waktu…sama ada ketika pandemik Covid-19 atau endemik kini, mereka sentiasa giat bekerja demi menyampaikan berita sahih dan kebenaran untuk kita (masyarakat),” jelasnya.

Untuk rekod, smbutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2022 menyaksikan Melaka sebagai tuan rumah kali ini dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kerajaan Melaka dan dilaksanakan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) serta pembabitan pelbagai organisasi media.

Acara tahunan yang dirai setiap 29 Mei merupakan landasan dalam menghargai peranan golongan wartawan di seluruh negara.

Datuk Rahman Lariwoo (kiri) dan Sam Avenido.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases