spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Anggota bomba penguat jiwa kanak-kanak trauma

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah wira yang jarang didendangkan lagi-lagi apabila melibatkan keprihatinan kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan seorang anggota bomba cuba menghulurkan tangan kepada seorang kanak-kanak perempuan yang sedang trauma dipercayai kesan kemalangan yang baru dihadapi, amat menyentuh hati penonton di Tiktok.

Video tular berdurasi 55 saat yang dimuatnaik oleh pengguna akaun bernama pemadamkeresahan82 itu mendapat sehingga 230,000 tanda suka, termasuk penulis sendiri yang melihat sendiri kejadian dalam rakaman itu.

Anggota bomba bertindak demikian kerana seolah merasai kesedihan dalam hati si kecil dan mahu menenangkan hatinya.

Lantas, kanak-kanak perempuan daripada tiga anak kecil yang terkesan kemalangan terbabit berlari ke arah anggota sebelum dia memeluk erat.

Kejadian itu sekali gus membuktikan pelbagai lapisan masyarakat sangat menghormati dan menghargai pekerja berpakaian seragam keselamatan.

Ia pasti pengalaman yang paling tidak dilupakan buat anggota bomba dan kanak-kanak perempuan berkenaan sampai bila-bila.

Penonton juga meninggalkan pelbagai reaksi komen menyentuh perasaan malah memuji tindakan anggota bomba berkenaan.

@Mama gibran😘: akk je ulllang2 tengok video nii tetiba nangis ppula .
yaallah lindungi lah mmreka mudahkanlah urusaye 😢

@ayeeafad: Kerja paling mulia🥰🥰🥰

@@sha🍓: My eyes are wet…,😭 thank u so much abg bomba.. may god bless u and ur team abundantly

@KTM: feels good when when that baby girl hugs him.that mean she feels she’s in safe hand 🤗

@bunga.que: tq sbb bls pelukan ank tersebut, ketahuilah bhw dia hanya nmpk awak tempat utk minta kekuatan jiwa. Dr matanya tau dia teramat keresahan & terkejut

@pemburu kontena selatan: dia percaya org yg tlg dia org baik tu sbb dia pelok bio pon x kenal

@siszai.com: Selalunya anak2 kita ddk spy tdk mdh ikut org yg tak di kenali tapi dgn abam bomba ni kanak2 ni jadi auto bahwa bomba itu penyelamat dia n blh caya

@Iniecute: betul.. saya pun nampak abam bomba, abam polis, abam askar rasa mcm selamat. Mungkin uniform tu bg kekuatan kat kami semua..

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases