spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kurung asli pilihan Aidilfitri 2022 di Medan MARA

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Nampak gayanya pilihan utama Aidilifitri 2022 adalah kembali ke era fesyen baju kurung asli yang kemas, selesa dan praktikal.

Bagi wanita rata-rata memilih Kurung Kedah, Kurung Riau dan Kurung Siti Tanjung Perak yang mengembalikan nostalgia kerana ia pemakaian rasmi Permaisuri era Kesultanan lama.

Apa yang menarik, fesyen bersejarah ini ‘dihidupkan’ kembali oleh peniagawati, Datuk Norasyikin Abdul Ghani yang memilih rekaan kurung asli ini agar rakyat tidak lupa nilai warisan Melayu dulu-dulu.

Datuk Norasyikin Abdul Ghani.

“Tiada lama, tiadalah baharu. Walaupun ada beratus ribuan rekaan moden di pasaran tetap yang lama juga dicari. Kata orang mesti ada sepasang yang lama dalam almari.

“Walaupun baju kurung telah mengalami evolusi selaras dengan perubahan masa dan citarasa pemakai, namun rekaannya masih sama. Ia tetap selesa dan manis dipakai selain menampakkan kesopanan gadis Timur dan keunggulan budaya Melayu.

” Uniknya baju kurung ini ia sesuai dipakai semua keadaan hendak pergi majlis perkahwinan majlis rasmi, kerja rewang, majlis agama, kasual mahupun hadiri kematian.

Tambah Norasyikin, generasi baru lupa pemakaian kemuliaan Melayu dahulu kala mesti dilengkapi tanjak, selendang (atau selempang), bengkong (atau pending) dan kain buruk (atau samping) memiliki adat, adab menyepoh dan memakainya, contohnya bergantung kepada warna jaluran si pemakainya.

“Kuning, merah, hitam atau putih bergantung kepada taraf dan martabat seseorang dari peringkat hamba hingga ke warga diraja masing-masing dan menjadi rahsia sesama Melayu.

“Pertama, pakaian sebagai simbolik atau lambang kehebatan luaran (fizikal), kehebatan dalaman dikaitkan dengan kebatinan dan kerohanian (metafizik, spiritual) atau unsur mistikal dalam istilah sekarang.

“Zaman dahulu pakaian kemuliaan berkhidmat ‘mengabdikan’ dirinya kepada tuannya, dipanggil dengan namanya masing-masing,” katanya kepada Wacanakini.com

Medan Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang terletak di Jalan Raja Laut meneruskan komitmen membantu usahawan fesyen Bumiputera dengan fokus dalam meningkatkan nilai keusahawanan dengan menggabungkan usaha pemasaran jenama melalui e-dagang dan media sosial serta transaksi di kedai.

Di sini terdapat banyak pilihan daripada helaian Ready-to-Wear, haute couture mahupun aksesori fesyen yang bertaraf tinggi ditawarkan kepada pengunjung-pengunjung dari dalam dan luar negara.

Ia juga selaras dengan usaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang mahu usahawan kecil-kecilan dan sederhana segera memulihkan ekonomi.

Tinjauan wartawan di bazar-bazar Ramadan mendapati aktiviti usahawan amat rancak sementelah tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Aidilfitri setelah dua kali perayaan hambar akibat dua tahun ‘berkurung’ di kediaman masing-masing.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases