spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

MIC sedia tampil calon India Muslim untuk PRU-15

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

DAMANSARA : Dakwaan bahawa MIC meminggirkan kelompok India Muslim adalah tidak benar kerana MIC memberi hak sama rata tidak terkecuali dalam memberi laluan menjadi pemimpin parti.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, pihaknya bersedia menampilkan calon India Muslim pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), jika perlu.

Beliau berkata, perkara tersebut telah dibincangkan dengan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

“Kita memang tiada masalah. Jika ada tempat-tempat yang kita mempunyai tekanan harus ada calon Islam atas sebab-sebab tertentu, kita bersedia kerana kita juga ada calon India,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Presiden Anjuran MIC Kebangsaan di Hotel Sofitel Kuala Lumpur, Damansara di sini.

Turut hadir, Datuk Seri M Saravanan, Ketua Pegawai Eksekutif HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood yang turut menyaksikan agihan sumbangan MIC kepada 300 asnaf India Muslim sebagai persiapan Aidilfitri.

Tambah Vigneswaran, MIC sentiasa memastikan bahawa isu kebajikan dan hak India Muslim akan diperjuang oleh MIC.

“Ini bukan kerana semata-mat politik tetapi parti MIC, apabila dibentuk, diperjuangkan pada permulaannya, kaum India Muslim ini berjuang dan bersama kita.

“Terdapat juga masalah permastautin dimana mereka telah menetap di negara ini sejak 30 tahun tetapi tidak dapat kerakyatan, maka saya telah bercakap dengan Menteri KDN, beliau janji akan selesaikan isu ini secepat mungkin tetapi kita merayu kepada beliau jangan kita memperketatkan proses kepada mereka.

“MIC turut beri jaminan bahawa anak-anak keluarga India Muslim akan diberi hak sama rata dalam memberi biasiswa dan kemudahan pinjaman dibawah MIC, akan digunapakai bagi memastikan mereka diberi keutamaan,” katanya.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases