spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Hati-hati memandu dua laluan maut di Lipis

- Advertisement -spot_img

Oleh Amir Hamzah Nordin

LIPIS – Dua jalan utama yang kerap berlaku kemalangan (blackspot) dalam daerah lipis bagi tahun 2022 iaitu di KM14 -16 Jalan CSR dekat Aur Gading dan KM 18–19, Jalan Lipis-merapoh berdekatan Simpang Berchang.

Setakat ini berlaku 3 kemalangan maut sehingga 24 April 2022 serta terdapat 878 jumlah saman telah dikeluarkan melibatkan saman 170A dan 257.

Ketua Polis Lipis, Superitenden Azli Mohd Noor berkata Jalan Central Spin Road (CSR) di sempadan Merapoh – Gua Musang dan KM25, Jalan Lipis –Merapoh di susur keluar Jalan CSR hala Kuala Lumpur dijangka akan berlaku kesesakan menjelang 5 hari sebelum hari raya, pada 28 April sehingga 2 Mei 2022.

Katanya, selain itu, pada 7 Mei hingga 9 Mei iaitu 3 hari selepas hari raya turut akan berlaku kesesakan di lokasi yang sama selepas orang ramai yang balik semula selepas bercuti.

“Tujuan Op Selamat diadakan untuk membendung peningkatan kemalangan dan kematian di musim perayaan, menguruskan kelancaran lalu lintas, respon segera kepada kes menarik perhatian.

“Selain itu, mencegah kejadian pecah rumah dan meningkatkan rondaan di kawasan komuniti, pendekatan ini untuk mencapai objektif dengan melakukan penguatkuasaan penuh dengan tumpuan kepada 6 kesalahan utama,” katanya melalui kenyataan media.

Azli berkata, di peringkat Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Lipis, pelaksanaan Op Selamat kali ini, memastikan kelancaran aliran trafik di jalan utama iaitu di Jalan Benta-Lipis-Merapoh yang akan dibanjiri kenderaan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan.

“Saya merayu bagi pihak IPD Lipis, memohon pengguna jalan raya merancang perjalanan dan sentiasa memandu secara berhemah serta patuh dengan undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

“IPD Lipis terus komited dalam memantau perkembangan jalan-jalan dalam daerah ini bagi memastikan aliran trafik lancar dan selamat,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases