spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Terima kasih PM, KWSP ibarat pelangi selepas hujan

- Advertisement -spot_img

AMPANG : Ibarat pelangi muncul selepas hujan begitulah perumpamaan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dikreditkan lebih awal iaitu hari ini, berbanding jadual asal 20 April diumumkan sebelum ini.

Berita gembira itu disambut oleh pencarum-pencarum yang sudah membuat permohonan pada 1 April lalu.

Fhatihah Zakinan meluahkan rasa bersyukur atas keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob terhadap nasib rakyat yang sedang memulihkan ekonomi masing-masing.

“Saya yakin rakyat sudah belajar banyak untuk hati-hati dalam menguruskan kewangan masing-masing, lihat apa keutamaan bukan mengikut kehendak.

“Berita gembira yang diterima seminggu sebelum Aidilfitri ini ibarat pelangi selepas hujan, setelah beberapa bulan rakyat suarakan syukur akhirnya harapan rakyat tertunai jua,” katanya Wacanakini.com.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan mengkreditkan bayaran itu lebih awal dibuat kerana ramai yang meminta ia dipercepatkan.

Jelas menteri itu, pemohon yang sudah membuat permohonan awal bulan April boleh mula semak akaun masing-masing hari ini tetapi jika belum masuk lagi, insya-Allah akan masuk kerana bayaran dibuat secara berperingkat.

Dalam pada itu, Noor Rafiza Ahmad, meluahkan rasa syukur di atas sikap cakna Perdana Menteri dalam mendengar keluh kesah rakyat.

“Wang ini akan bergerak dalam negara, pastinya bersama membantu ekonomi negara ke arah lebih positif.

“Keprihatinan kerajaan amat kami hargai dan saya ucap jutaan terima kasih,” katanya.

Noraida dari Ampang berkata wang yang dijadualkan pada 24 April ini dijangka diperolehi lebih awal dan ia berita yang menggembirakan pemohon-pemohon.

“Saya akan membantu serba sedikit kedua ibu bapa dan membayar tunggakan kenderaan hasil daripada duit itu,” katanya.

Nurul Hidayah dari Shah Alam berasa amat bersyukur dan gembira di atas pengeluaran khas KWSP yang telah diluluskan dan dipercepatkan.

“YB PM sentiasa ada kejutan yang baik untuk rakyat, dengan adanya duit sejumlah RM10,000 ini pastinya melegakan saya dan keluarga dalam melunaskan hal tertunggak akibat pandemik COVID-19 serta memberi peluang membantu pada yang memerlukan juga.

“Terima kasih PM, anda pemimpin rakyat,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases