spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Cepat marah, suka hina orang lain tanda sakit mental

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Memagar diri bagai aur. Bermaksud hanya mementingkan diri sendiri. Jarang kita dengari peribahasa Melayu seperti ini tetapi mungkin pernah mendengar Narcissistic Personality Disorder (NPD).

Pendek kata, ia bermaksud seseorang yang sangat mementingkan diri pada tahap paling ekstrim.

Bagaimana untuk kita mengenalpasti ciri-ciri individu yang mempunyai NPD?

Pakar psikologi, Prof Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip menerusi video di Tiktoknya, azizshah_, mendedahkan mereka yang mempunyai ciri-ciri NPD adalah seseorang yang merasakan dirinya hebat, bangga diri, malah suka memuji dan mengangkat diri sendiri.

“Dengan bahasa kasarnya, dia (individu NPD) cakap tidak pernah jatuh (julang), dia sombong, dan dia tak akan mengaku salah. Suka mengkritik orang lain, merendahkan orang lain.

“Tapi orang lain tak boleh merendahkan dan mengkritik dia. Jika berlaku, dia akan marah, dia akan tekan orang lain, dia akan tunjukkan kemarahan dia, jadi dia tidak sihat sebenarnya,” katanya.

Pensyarah Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, permasalahan individu NPD muncul apabila seseorang itu mula menghina dan merendahkan orang lain.

“Jika dia menekan orang lain berterusan, orang lain (pula) akan rasa teruk, rendah diri, dihina, dan memendam perasaan.

“Maka, orang sekeliling termasuk ahli keluarga, (perlu bantu) beliau (dia) mendapat (rawatan) masalah kesihatan mental dan (khidmat) psikiatri,” katanya menerusi rakaman video bahagian 1, yang mendapat perhatian sehingga 80k ‘views’.

Difahamkan, Prof Mohammad Aziz Shah sudah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang itu.

Justeru, beliau menyarankan kepada orang sekeliling yang menghadapi individu seperti ciri-ciri NPD itu untuk mempelajari cara menangani mereka supaya tidak memberi kesan terhadap kesihatan mental masing-masing.

Ia berikutan, individu NPD seperti ‘toksik’ yang boleh menyebabkan orang lain terganggu emosi dan mengalami kesihatan mental.

“Jadi, kita kena atur strategi baharu, bagaimana untuk mengawal diri menghadapi orang nasissistik ini supaya kita kekal sihat,” katanya.

Sementara itu, menurut Public Health Malaysia, individu memiliki NPD berisiko mendapat masalah kemurungan (anxiety), angin (mood) tidak baik, dan terdedah dengan penggunaan dadah.

Tingkahlaku individu yang memiliki sikap narsistik juga sering gagal dalam perhubungan intim, kekeluargaan dan profesyen.

Pakar psikologi juga mengatakan bahawa gangguan personaliti narsistik antara isu mental yang sangat susah dirawat kerana pesakit kebiasaaanya menganggap personaliti mereka bukan suatu masalah kerana ia tidak memberi kesan buruk kepada mereka secara langsung.

Mereka juga sukar menerima kenyataan kerana mereka menganggap gangguan itu merupakan personaliti mereka dan bukannya sesuatu yang perlu dirawat.

Jadi, jika kita atau pasangan mempunyai tanda-tanda itu, sangat digalakkan untuk kita cari bantuan dan nasihat yang sesuai dari pakar terapi atau psikologi yang berkelulusan.

Memetik artikel daripada halodoc.com, beberapa saranan mungkin boleh membantu untuk menghadapi golongan NPD ini antaranya, mengenali siapa sebenarnya mereka, berhenti memfokuskan segalanya kepada mereka, malah cuba berbicara untuk membela diri sebaik mungkin, selain menetapkan batasan secara jelas supaya tidak terkesan dengan pengaruh individu berciri NPD.
https://www.halodoc.com/artikel/bagaimana-cara-menghadapi-pengidap-gangguan-narsistik

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases