spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Dua lagi penyelam hilang ditemukan selamat

- Advertisement -spot_img

Oleh Nurman Nasyriq

MERSING – Dua lagi penyelam warga Eropah yang hilang ketika melakukan aktiviti selaman di Pulau Tokong Sanggol, Rabu lalu ditemukan selamat kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing memberitahu, mangsa terbabit iaitu warga British, Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18, ditemui nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan.

“Mangsa yang hanyut sejak 6 April lalu itu ditemui di perairan selatan Pengerang, Kota Tinggi berhampiran sempadan Indonesia.

“Nelayan yang menemukan mereka kemudian menghubungi polis sebelum diselamatkan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor dan dihantar ke darat. Mereka sekarang berada di hospital di Pasir Gudang untuk rawatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Jeti Awam Majlis Daerah Mersing, di sini.

Rabu lalu, empat penyelam warga Eropah hilang ketika melakukan latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol.

Kelmarin, jurulatih penyelam dari Norway, Kristine Grodem, 35, adalah mangsa pertama yang ditemukan selamat berhampiran Pulau Tokong Sanggol dalam keadaan terapung, lengkap berpakaian dengan kelengkapan menyelam.

Dia ditemukan dalam keadaan selamat oleh sebuah bot tunda yang dalam perjalanan dari Indonesia ke Thailand.

Usaha kini untuk mencari baki seorang lagi mangsa yang masih hilang, remaja lelaki, Nathen Renze, 14, iaitu anak lelaki Adrian.

Mengulas lanjut, Cyril Edrward berkata, kedua-dua mangsa yang ditemukan kini dalam keadaan stabil.

“Seorang lagi mangsa Nathen Renze 14, warga Belanda masih belum ditemui dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan,” katanya.

Pihaknya juga masih tidak dapat mengesahkan berkenaan keadaan seorang lagi mangsa yang belum ditemui.

Jelasnya, kawasan pencarian juga telah diubah sebaik maklumat berkenaan penemuan dua mangsa itu diterima.

“Dari kawasan selaman kita ‘move down south’. Pihak Indonesia dan juga Singapura juga telah dimaklumkan berkenaan perubahan grid pencarian ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi yang memasuki hari keempat hari ini masih mengekalkan anggota dan aset yang sama.

“Susulan penemuan dua mangsa ini kita ubah sektor pencarian tumpu Tenggara Johor ke Selatan Pengernag. Kita akan tumpu aset ke sana dan buat hebahan kepada kapal dagang dan bot nelayan jika ada sebarang penemuan agar maklum kepada kami segera,” katanya.’

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases