spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Polis nafi ada siasatan baharu Tun M

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Tiada siasatan terbaharu terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Bernama melaporkan, Abd Jalil sebagai berkata, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu kali terakhir dipanggil oleh pihak polis pada 23 Mac lalu.

Katanya, ia bagi membantu siasatan berhubung buku memoir mantan peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Tun Mahathir menerusi Facebooknya, pada Isnin berkata beliau mendakwa akan dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat.

“Ya. Saya akan dipanggil untuk soal siasat. Di Malaysia ini, satu tekanan yang menakutkan. Tutup mulut. Tutup telinga. Awak okay,” katanya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu tidak mendedahkan sebab siasatan secara terperinci.

Namun, ia dipercayai berkaitan dengan skandal dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berdasarkan tulisan di hantaran sama.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases