KUALA LUMPUR : Yasin Sulaiman, seorang penyanyi nasyid yang mula popular era pertengahan 90 an dipercayai ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Petaling Jaya kira-kira jam 4 petang semalam di Casa Damansara 1.
Sumber memaklumkan tangkapan itu dilakukan atas kesalahan menanam pokok ganja.
“Penyanyi lelaki itu memperjuangkan lagu berentak ‘world music’ dengan judul lagu Mimpi Laila dan lain-lain.
“Pernah bersama kumpulan Brothers dan memenangi Anugerah Juara Lagu,” katanya kepada Wacanakini.com.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi Wacanakini.com hari ini memaklumkan seorang lelaki ditahan di Kota Damansara petang semalam.
“Dia dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya hari ini untuk perintah reman mengikut Seksyen 38B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Ye semasa penahanan dia seorang sahaja,” katanya.