spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bersorak untuk hak penjenayah bebas?

- Advertisement -spot_img

Semalam Dewan Rakyat bergema dengan sorakan gembira pemimpin DAP dan PH apabila Dewan Rakyat mengumumkan gagal meluluskan usul yang dibentangkan oleh kerajaan berhubung Subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tempoh lima tahun lagi.

Kegembiraan ini tidak kedengaran apabila kerajaan umum pengeluaran KWSP RM10,000 untuk rakyat.

Mereka juga diam membatu apabila kerajaan mahu gaji minimum RM1,500 dilaksanakan bermula 1 Mei ini.

Mereka bersorak begitu gembira kerana kurungan undang-undang SOSMA terbatal.

Mereka gagal melihat ibaratnya sebuah kampung diserang sekumpulan harimau, ada orang kampung mencipta sangkar bagi memerangkap dan mengurung harimau itu.

Sekarang ini sekumpulan orang kampung pula, apabila mengetahui harimau terkurung dan berjaya diberkas, mereka berkata ‘kesiannya harimau itu, tak perikemanusiaan sungguh, kita mesti lepaskan, buang sangkar ini’.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menunjukkan Datuk Seri Nicky yang dicari bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial.

Yang berkata-kata ini mungkin ada kepentingan kerana perbuatan si harimau selama ini ada beri laba kepada mereka. Orang tangkap harimau pula disalahkan.

Untuk fahaman awam, SOSMA asalnya menggantikan Akta ISA untuk membendung aktiviti seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling, melemahkan negara, dan ancaman-ancaman baru rentas sempadan.

Tahanan SOSMA terdiri daripada jenayah keganasan, kartel dadah, kartel pelacuran, kartel senjata api, kartel penyeludupan manusia, kartel penggubahan wang haram, kartel penipuan dan lain-lain, asal barang boleh jadi duit.

Dengan pembatalan undang-undang ini, jenayah seperti jenayah terancang, ekstremis atau pelampau agama, pelampau kaum, pelampau fahaman tidak akan ditahan lebih dari tempoh sebagaimana ditetapkan sebelum ini.

Adakah Ahli Parlimen bersorak kerana membela ‘rakan mereka’ yang ditahan dalam SOSMA ketika ini.

Sekarang ini yang paling glamour adalah Geng Nicky yang terlibat dalam jenayah terancang antarabangsa, Macau Scam dan pengubahan wang haram.

Geng Nicky dikatakan kebal kerana dilindungi orang politik dan pihak penguatkuasa.

Adakah kartel-kartel ini berjaya mempengaruhi Ahli Parlimen untuk tidak hadir mengundi?

Adakah kartel ini menjanjikan ‘habuan besar’ sehingga Ahli Parlimen bersorak gembira apabila undang-undang menahan suspek sehingga 28 hari itu dibatalkan?

Geng Nicky bersama wang daripada jenayah terancang Macau Scam

Suspek SOSMA ditahan 28 hari ini adalah golongan bijak pandai dan profesional, mahir dari segi undang-undang dan menggunakan ‘loop hole’ dalam undang-undang.

Mereka mencipta lapisan-lapisan perisai supaya bukti tidak boleh dikumpulkan dalam masa singkat.

Tanpa rakyat sedar, penjenayah ini diberikan hak lebih daripada rakyat yang selama ini menjadi mangsa penipuan, kekejaman dalam kes Macau Scam, ugutan ah long, perjudian online dan sebagainya.

Barisan Kumpulan Militan Malaysia, ekstremis agama yang terbabit siri pengeboman dan keganasan

Kumpulan jenayah terancang bukan boleh ditangkap dengan mudah seperti kes curi ayam, atau curi itik di kampung atau curi milo di pasaraya.

Kumpulan penjenayah ini berani melaburkan wang, membayar perlindungan kepada parti politik tertentu disamping menganjurkan makan malam, hiburan, aktiviti sosial di kalangan VVIP untuk menguatkan lagi jaringan agar mereka dapat membuat satu panggilan telefon sahaja ketika ditimpa masalah.

Mengikut rekod PDRM 2018, seramai 809 orang anggota kumpulan pengganas ditahan bawah SOSMA sejak penghujung 1990-an.

Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay pernah dipetik berkata pada 2018, penahanan 809 individu itu melibatkan kira-kira tujuh kumpulan pengganas antaranya Jemaah Islamiah, Darul Islam, Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Daesh.

SOSMA ini satu tangkapan terbuka dan dibawa untuk dibicarakan. Daripada sini rakyat di negara ini baru sedar bahawa ada banyak elemen perlu diambil tindakan.

Kita tidak boleh benarkan mereka (anggota kumpulan pengganas) beroperasi kerana mengganggu keselamatan negara.

Apa harapan lagi jika undang-undang ini terbatal? Bolehkah ia diundi sekali lagi atau perlukah dibentang semula kepada Ahli Parlimen baharu?

222 Ahli Parlimen seharusnya berpegang sumpah jawatan menjaga kepentingan dan melindungi Malaysia, mereka juga harus menyayangi rakyat yang mengundi mereka sehingga mendapat jawatan itu sekarang, bukannya membela lebih 800 pengganas yang telah dikenakan dan masih ditahan dibawah akta ini.

Mana lebih penting 33 juta rakyat Malaysia atau 800 penjenayah ini?

Gerila LTTE.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases