spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kenapa sewa tapak Ramadan di Hulu Selangor naik hampir 100 peratus? – SRIKANDI

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI), Datuk Norasyikin Abdul Ghani mempersoalkan kenapa harga tapak sewa Bazar Ramadan di daerah Hulu Selangor meningkat hampir 100 peratus berbanding ramadan sebelum ini.

Beliau menerima aduan orang ramai berhubung kenaikan ‘melampau’ itu yang dikenakan sepanjang bulan Ramadan iaitu RM750 bagi 10 kali 10 kaki dan juga RM2,500 bagi 20 kali 20 kaki.

“Adakah pihak Majlis Daerah Hulu Selangor sedar bahawa golongan usahawan ini bukannya dari syarikat besar dengan modal niaga juta-juta.

“Mereka adalah kelompok usahawan kecil dengan kutipan hasil jualan yang tidak menentu, ada yang dapat RM20 sehari, ada yang dapat RM50 sehari malah ada tiada langsung hasil tatkala hari hujan.

“Adakah pihak Majlis sedar keadaan cuaca tidak menentu mungkin ada hari-hari jualan tidak berhasil? Adakah pihak Majlis sedar negara ini melaksanakan PKP sejak dua tahun lalu dan rakyat belum pulih dari segi ekonominya.

“Bagi peluang dulu, rakyat baru hendak pulih tidak boleh sewenang-wenangnya kutip duit rakyat dengan cara zalim,” katanya kepada Wacanakini.com.

Tambahnya, ‘rate harga’ sewa tapak di Hulu Selangor tak bolehlah sama dengan di Kuala Lumpur.

“Kawasan sini berhampiran perkampungan Orang Asli, 90 peratus miskin, golongan B40, jadi peniaga tidak boleh letak harga mahal sama seperti di bandar besar.

“Contohnya topi (cap) , di Hulu Selangor harganya RM35 tapi di bandar besar bolehlah letak sampai RM60 orang beli lagi.

“Tolong rasional ye Majlis Selangor jangan susahkan rakyat yang sudah sedia susah,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases