spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Kisah Musang Berjanggut abad ini

- Advertisement -spot_img

Ini adalah analisis kewartawanan, kisah filem P. Ramlee berjudul Musang Berjanggut tentang orang-orang berkuasa yang menggunakan kedudukan dan pilih kasih dalam melaksanakan hukuman benar-benar berlaku dalam kehidupan moden hari ini.

Seorang ibu tunggal kepada tiga orang anak, Emilia Hanafi masih lagi dalam pengurusan kes pendakwaan pukul dan cedera ‘domestic violence’ di Mahkamah Jenayah 3 Jalan Duta sejak 2016.

Dalam pada itu, bekas suaminya SM Faisal SM Nasimuddin dilihat cuba mengelak dari prosiding mahkamah berhubung dakwaan itu pada awal kes sebutan mahkamah jenayah

Beliau melalui peguamnya kejap kali memberikan alasan berada di luar negara untuk tidak hadir.

Terdahulu kedua mereka telah pun berpisah pada 2017 dan telah bersetuju di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan berkaitan hak penjagaan anak-anak.

Dalam tempoh itu, hak jagaan penuh diberikan kepada Emilia selepas tiga tahun proses turun naik mahkamah.

Bagaimanapun, Emilia didakwa melanggar perintah sebanyak dua kali pada satu tarikh pada 6 dan 7 Oktober 2018 dan 10 Oktober yang juga ulang tahun kelahiran SM Faisal dimana lawatan tersebut diminta pada jam 11 pagi hari Rabu waktu persekolahan anak-anak

Anak-anaknya ingin mengikuti ibunya ke program berunsur agama, di Baling, Kedah. Tarikh itu juga adalah giliran pertemuan dengan bapanya.

Anak tidak hadir pada hari lahir bapa, yang menyebabkan kes itu berpanjangan.

Si ibu telah membuat surat berhubung pertukaran tarikh. Tiada apa-apa jawapan diterima, tetapi selepas tiga bulan, bekas suaminya menfailkan pula mendakwa Emilia gagal menghantar anak pada tarikh tersebut.

Bekas suami memohon agar Emilia dikenakan tindakan menghina perintah mahkamah, mahkamah pula telah bersidang tanpa kehadiran Emilia.

Emilia tidak dimaklumkan tentang persidangan itu, tambahan pula peguamnya terdahulu itu telah menarik diri.

Perintah penjara ini dikenakan pada 1 Disember 2020. Emilia telah melantik peguam baharu untuk mewakili beliau bagi menguruskan isu waran tangkap penjara tetapi pada ketika itu, mahkamah ditutup kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dalam minggu ini, kes jenayah domestik sedang berlangsung di Mahkamah Jenayah 3 di Jalan Duta.

Emilia khuatir beliau akan ditahan dalam tempoh terdekat yang boleh menjejaskan perjalanan kes mahkamah jenayah itu.

Pihak peguam syarie memaklumkan bahawa Emilia perlu memfailkan rayuan ‘stay order’ perintah penjara Mahkamah Syariah.

Di sini kita boleh lihat ibu tunggal berhadapan perintah penjara tujuh hari atas alasan menghina perintah mahkamah berkaitan penjagaan anak.

Prosidur mahkamah syariah pula dilihat dimanipulasi oleh bekas suaminya untuk melengah-lengahkan atau memberi tekanan jiwa mental kegusaran bagi meneruskan kes di mahkamah jenayah.

Yang menjadi persoalan kepada Emilia, sebelum itu Mahkamah Syariah pernah menolak perintah Mahkamah Persekutuan melarang bapa berada 50 meter berhampiran anak.

Undang-undang itu tidak terpakai di Mahkamah Syariah. Emilia tidak boleh menulis faktor penceraian akibat dipukul suami.

Pihak suami pula mengambil peluang seolah-olah ini adalah penceraian biasa iaitu isteri memohon cerai sekaligus beliau layak mendapat penjagaan anak sedangkan, kes jenayah domestik sedang berlangsung di Mahkamah Jenayah.

Malaysia juga mempunyai sejarah yang panjang tentang pembentukan
Mahkamah Syariah sehinggalah terbentuk Mahkamah Syariah pada masa kini (Ramizah, 2011).

Abdul Monir Yaacob menambah bahawa Mahkamah Syariah perlulah disusun semula dan diberi kuasa yang lebih besar dan menyeluruh (Abdul Monir, 2009).

Perkembangan Undang-Undang Islam di Malaysia adalah sangat terbatas, iaitu undang-undang diri dan hanya dalam ruang lingkup negeri sahaja (Shazalyna, 2012).

Bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Malaysia.

Pindaan Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan pada 1988 memberi Mahkamah Syariah bidang kuasa berasingan daripada mahkamah sivil, menjadikan Mahkamah Syariah bebas daripada campur tangan mahkamah biasa dan dianggap setaraf.[1][2] Kuasa Mahkamah Syariah adalah di bawah enakman negeri.

Dalam bahasa mudah orang awam faham, bidang kuasa syariah berbeza dengan undang-undang sivil di mana kuasanya tidak mutlak boleh diperhalusi semula.

Media sebelum ini, melaporkan seorang remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti ‘jenazah’ atau guna kaedah dera ‘waterboarding’ ala militan akibat mengalihkan tabung masjid, dipenjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Daniel, selepas dia mengaku bersalah cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah dengan mengheret dan menyorokkan tabung itu di dalam bilik mandi jenazah di masjid berkenaan di Kuang, Rawang dekat sini pada 11.58 malam, 8 Januari lalu.

Bagaimanapun, pada 17 Januari lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja itu dan Hakim Datuk Abd Halim Aman menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Atas prinsip keadilan, rekodnya dipadamkan demi masa depan remaja itu agar dia boleh meneruskan hidup dalam masyarakat tanpa dihakimi sepanjang hayatnya.

Bercakap mengenai keadilan, sejauh manakah kita adil dalam menilai, menghukum sesuatu perkara? Kerana setiap perbuatan kita tetap akan dinilai mungkin bukan di dunia ini tetapi di kehidupan selepas tiada.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases