KOTA TINGGI : Setiausaha UMNO Bahagian Arau, Che Zaidi Saidin berpendapat bantuan yang diberikan oleh jentera Barisan Nasional (BN) sempena Pilihanraya (PRN) Johor yang bakal berlangsung esok sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) akan datang.
Zaidi, 51, berkata, inisitiaf turun padang dari Perlis ke Johor selama hampir tiga minggu sangat tersusun dalam pada mengatur strategi bagi menarik perhatian para pengundi.
“Saya rasa cukup ramai jentera BN untuk membantu PRN Johor bagi DUN Panti dn Pasir Raja. Ia adalah salah satu persediaan buat kita untuk menghadapi PRU akan datang. Hampir tiga minggu, jentera BN di sini, saya lihat begitu tersusun.
“Kehadiran mereka khusus dalam mengenal pasti pengundi tempatan dan pengundi luar bagi
lihat kecenderungan pengundi dan dalam masa yang sama mengatur strategi bagi menarik sokongan untuk mengundi BN.
“Sokongan begitu positif atas banyak faktor khusus dalam soal pentadbiran kerajaan negeri dan kerajaan pusat. Masyarakat dapat melihat perbandingan pentadbiran di bawah parti lain
dulu PRU 14 dulu sukar hendak membuat perbandingan,” katanya kepada WacanaKini.com
Tambahnya, keyakinan terhadap BN lebih positif memandangkan rakyat sudah merasai sendiri tompok pemerintahan parti sebelum ini selama 22 bulan.
“Rakyat sudah bijak untuk membuat penilaian, apatah lagi yang dititik beratkan adalah dengan melihat kestabilan dalam politik, ekonomi dan pendidikan. Ini kerana tanpa kestabilan ekonomi akan menjadi carca marba.
“Sejajar dengan kestabilan politik yang merupakan slogan utama yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat. Jadi, saya amat berharap pengundi terutama di DUN Panti dan Pasir Raja dpt membuat pilihan tepat dan pertimbangan yang waras,” katanya.