spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

TikTok sebagai medium ‘perang saraf’

- Advertisement -spot_img

Apa yang anda boleh lihat dalam TikTok sehari dua ini?

Pelepasan konten-konten yang menunjukkan kekuatan Russia.

Contoh video tentera Chechen ini sudah disiarkan mendatangkan gerun kepada musuh.

Unit intelligent dan perang saraf tentera Russia amat bijak melepaskan konten satu persatu.

Masyarakat awam yang menonton https://vt.tiktok.com/ZSe3oVy2b/ menularkannya.

Turut ditularkan TikTok https://vt.tiktok.com/ZSeTe5F2c/, tentera Russia melaung-laungkan “uraaa uraaa” atau maksudnya ‘perang perang”, mesej buat tentera Russia.

Pada pagi Khamis 24 Februari lalu, Russia melancarkan perang berskala penuh terhadap Ukraine dengan menyasarkan bandar-bandar utama.

Isu perselisihan faham ini berlarutan dengan Rusia dikatakan cuba untuk menguasai negara-negara bekas Soviet Union, termasuk Ukraine. Rusia juga dikatakan suka campur tangan dalam urusan hal ehwal politik di Ukraine.

Tetapi serangan pada tahun ini, ia lebih kepada ketidakpuasan hati Rusia atau Presiden Rusia Vladimir Putin yang tidak bersetuju dengan niat Ukraine mahu menyertai pakatan NATO.

Hanya orang yang faham media sahaja boleh melihat ‘pattern’ penyiaran dan ‘agenda setting ini’.

Begitulah juga menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, ahli politik menggunakan TikTok sebagai medium perang saraf mereka.

Mereka menyebarkan propaganda terkawal.

Rakyat pula akan mula bertindak mengikut isu-isu yang diketengahkan oleh propanda itu.

Contohnya menyiarkan kaunter penjawat awam kosong sebelum gempa bumi semalam tetapi ramai penjawat awam dilihat berada di luar bangunan ketika tragedi berlaku.

Motifnya menyemai sikap curiga terhadap penjawat awam.

Kenapa propaganda ini muncul ketika ini? Kerana menjelang PRN Johor kah?

Siapakah yang suka kutuk penjawat awam ini?

Siapa yang selalu mempersendakan penjawat awam?

Ia adalah DAP kononnya penjawat awam terlalu ramai, buang duit rakyat, tak produktif, malas, makan gaji buta, masuk kerja jam 8 pagi keluar jam 5 petang.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) ketika itu, Tan Sri Ali Hamsa telah membuat kenyataan balas jumlah penjawat awam besar kerana di Malaysia anggota tentera dan polis turut diambil kira sebagai penjawat awam tetapi di United Kingdom, penjawat awam dikira pada anggota pentadbiran sahaja.

Pada masa DAP memegang pemerintahan PH, mereka kurangkan pengambilan penjawat awam kononnya, mengikut manifesto malangnya anak-anak muda gagal dapat pekerjaan disebabkan perkara ini.

Tetapi DAP memberi pengambilan kontrak memasuki perkhidmatan awam kepada penyokong mereka contoh lantikan pengambilan pembantu-pembantu Menteri.

Ada juga ditularkan rakyat, syarat lantikan mesti fasih berbahasa Mandarin.

Malah Pertubuhan Berita Nasional Malaysia BERNAMA telah membuat lantikan 10 orang secara kontrak sebagai wartawan penyiaran dan produser Bahasa Mandarin.

Dalam masa sama, CEO BERNAMA ketika itu, Nurini Kassim telah menegaskan tiada pengambilan baharu penjawat awam di BERNAMA.

Maka rakyat haruslah melihat pattern-pattern propaganda ini di TikTok.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases