spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Seksyen 17A : Organisasi boleh didakwa jika staf terbabit rasuah

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan penguatkuasaan Seksyen 17A Akta SPRM 2009 secara menyeluruh dalam negara termasuk kepada syarikat pelabur asing.

Usaha itu meliputi aspek rasuah, tadbir urus, hak asasi manusia, kebebasan media dan kestabilan politik.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya, berkata pihaknya akan melaksanakan undang-undang baharu itu sepenuhnya bagi memperbaiki kedudukan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) negara yang menurun sejak dua tahun lalu.

“Walaupun CPI tidak bergantung sepenuhnya kepada aspek rasuah, namun undang-undang itu (Seksyen 17A) penting sebagai panduan untuk membudayakan amalan bersih rasuah.

“Ia bertujuan mengekang rasuah berkaitan rasuah dan, yang penting adalah bagaimana budaya bersih rasuah menjadi amalan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas mengenai Seksyen 17A yang dilihat masih belum menjadi senjata utama untuk memperbaiki kedudukan Malaysia dalam CPI 2021, baru-baru ini.

Untuk rekod, Malaysia mencatatkan penurunan dalam CPI 2021 dua tahun berturut-turut apabila jatuh lima anak tangga kepada kedudukan 62 daripada keseluruhan 180 negara. Tahun 2020, negara di tangga ke-57.

Ditanya mengenai pelabur asing yang mempengaruhi kedudukan CPI negara, Ahmad Khusairi berkata, kelompok itu juga tidak terkecuali untuk melaksanakan amalan bebas rasuah.

“Mereka perlu patuh dan menjadikan budaya bersih rasuah ini sebagai satu amalan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, masih banyak syarikat besar termasuk dalam senaraian awam di negara ini belum menjalankan program berkaitan Seksyen 17A.

“Kita tidak mahu memberikan kesedaran mengenai undang-undang ini sahaja, sebaliknya mereka perlu melaksanakan pelan untuk memastikan agenda bebas rasuah dilaksanakan sepenuhnya dalam organisasi mereka,” katanya.

Katanya, kekurangan pendakwaan kes membabitkan kesalahan Seksyen 17A adalah disebabkan undang-undang ini masih baharu dan mempunyai tempoh masa yang sudah ditetapkan.

Difahamkan, hanya seorang individu dan sebuah syarikat sewa kapal yang didakwa di bawah undang-undang yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2020 itu.

Terdahulu, Ahmad Khusairi hadir pada majlis pelancaran Program Excel bersama Ramssol Group Berhad dan Elmu Education Group Sdn Bhd (ELMU), di sini, pada Jumaat.

Yang turut hadir Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki; Pengerusi ELMU Education Group Sdn Bhd, Datuk Seri Muhamad Adlan Berhan; Pengarah Urusan Ramssol Group Berhad, Datuk Seri Cllement Tan dan Pengerusi ELMU V Sdn Bhd, Datuk Victor Hoo.

Apa itu Seksyen 17A Akta SPRM 2009?

‘Liabiliti korporat’ merujuk kepada Seksyen 17A Akta SPRM 2009 – kesalahan oleh organisasi komersial. Peruntukan ini mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2020.

Berdasarkan peruntukan ini, organisasi komersial boleh didakwa dan dihukum sekiranya membenarkan pegawai/kakitangan mereka melakukan rasuah untuk memperoleh sesuatu projek atau mendapat apa-apa faedah bagi organisasi komersial itu.

Seksyen 17A Akta SPRM meletakkan beban pencegahan rasuah ke atas organisasi komersial dan pengurusannya. Kegagalan untuk mencegah rasuah boleh didakwa dan dihukum di bawah peruntukan ini.

Pertama sekali, kesalahan ini hanya melibatkan perbuatan menawar, menjanjikan atau memberi suapan.

Kesalahan berlaku apabila:

  • seseorang yang bersekutu dengan organisasi komersial
  • memberikan / bersetuju untuk memberikan / menjanjikan / menawarkan suapan (rasuah).
  • Rasuah bertujuan:
    1. untuk memperoleh atau mengekalkan perniagaan bagi organisasi komersial itu; atau
    2. untuk memperoleh atau mengekalkan faedah dalam menjalankan perniagaan bagi organisasi komersial itu.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases