spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Malaysia paling teruk ketagih telefon pintar

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Sebaik melangkah keluar dari rumah, telefon tak lekang di tangan adalah pemandangan yang paling biasa kelihatan di mana-mana.

Apatah lagi di rumah, orang Malaysia memang terkenal dengan ketagihan telefon pintar terutama membabitkan revolusi gajet dan penggunaan aplikasi media sosial seperti Instagram dan Tiktok.

Ini dibuktikan berdasarkan kajian baharu penyelidik di Universiti McGill di Kanada apabila merekodkan Malaysia menduduk ranking ketiga selepas China dan Arab Saudi mempunyai masalah ketagihan telefon pintar paling teruk di dunia.

Kajian meta-analisis tingkah laku itu dibuat terhadap kira-kira 34,000 subjek dalam kalangan pengguna di 24 negara di seluruh dunia antara 2014 dan 2020.

Kajian yang diterbitkan melalui Kajian Komputer dalam Tingkah Laku Manusia itu menunjukkan China, Arab Saudi, dan Malaysia mempunyai masalah ketagihan telefon pintar paling serius.

Ia bertujuan bagi mengesan penggunaan telefon pintar yang bermasalah terutama dalam kalangan orang dewasa muda.

Penggunaan telefon pintar yang bermasalah dikatakan meningkat secara global antara 2014 dan 2020 dan dijangkakan aliran ini akan terus meningkat.

Kajian itu merujuk 81 kertas kerja yang diterbitkan sebelum ini, mengenai penggunaan telefon pintar di kalangan remaja dan dewasa muda berdasarkan ‘Skala Ketagihan Telefon Pintar’.

Subjek berumur antara 15 hingga 35 tahun dengan purata umur 28.8 tahun dan majoriti subjek adalah wanita sebanyak 60 peratus.

Penyelidik membuat spekulasi bahawa satu penjelasan mungkin untuk skor berbeza di negara berbeza adalah norma sosial dan jangkaan budaya berkaitan dengan motivasi untuk terus berhubung melalui telefon pintar.

Justeru, penyelidik berkenaan turut melancarkan laman web, baru-baru ini bagi orang ramai menilai ketagihan telefon pintar mereka dan mengesyorkan aktiviti lain kepada pengguna yang berminat untuk mengurangkan masa bersama telefon pintar mereka.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases