spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Polis rujuk kes sindiket tipu eWallet dengan TnG

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

PETALING JAYA: Polis sudah merujuk kes sekumpulan guru sekolah menjadi mangsa penipuan sindiket aplikasi pembayaran dompet atas talian, Touch ‘n Go eWallet, kepada pihak berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak, mengesahkan menerima enam laporan membabitkan dakwaan berkenaan, setakat ini.

Katanya, kes itu kini dirujuk kepada pihak Touch ‘n Go Sdn Bhd (TnG) untuk siasatan lanjut.

Pada Sabtu lalu, hampir 50 guru di lapan sekolah sekitar Lembah Klang, di sini dilaporkan mendakwa menjadi mangsa sindiket penipuan Touch ‘n Go eWallet.

Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Irine, 30, berkata, dia kerugian hampir RM3,000 apabila menyedari wang dalam akaun dikeluarkan menerusi tiga transaksi kurang tujuh minit pada, 19 Januari lalu.

Katanya, kejadian itu dikesan menerusi notifikasi transaksi, lantas memindahkan baki RM5,000 ke akaun lain bagi mengelak kerugian lebih besar.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases