spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Portal online, taring baru dunia kewartawanan

- Advertisement -spot_img

Skrin telefon golongan muda sekarang, majoritinya memiliki aplikasi TikTok, Youtube, Twitter, Instagram dan Facebook.

Saban hari, gaya hidup golongan muda dan pertengahan usia berkisar di aplikasi-aplikasi ini.

Mereka tidak lagi mencari akhbar bercetak untuk membaca sesuatu berita.

Mereka lebih respond kepada instagram, TikTok yang ada visual.

Mereka akan bertindak balas memberi komen segera dan menularkan sesuatu yang menarik minat mereka sahaja.

Balik kepada media arus perdana, contohnya stesen television RTM, TV3, NTV7, Astro Awani dan lain-lain.

Akhbar cetak pula terbahagi kepada Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, akhbar Cina dan akhbar Tamil.

Seperti Utusan, Sinar Harian, Berita Harian, New Straits Time, Malay Mail, Oriental Daily, China Press, Makal Osai Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo dan lain-lain.

Dalam banyak kewujudan media ini berlaku kemunculan portal-portal baharu awal 2000 seperti Pen Merah Pen Biru, Tawau Network, Ohsem TV, SiakapKeli dan pelbagai lagi.

Media arus perdana dengan editor-editor berusia, berpengalaman walaupun menyedari kepentingan media baharu, mereka bukanlah ‘strategist’.

Mereka meneruskan aturan budaya kerja lama, mereka menapis berita, melakukan pengesahan yang mana ianya bagus.

Namun ini menyebabkan sesuatu berita tersangkut, tiga hingga empat jam, berbanding media sosial terus bertindak melepaskan maklumat walau hanya sebaris Tweet sahaja, seperti ayat ‘harga minyak naik ketika ini’

Walaupun editor berpendapat selagi tiada pengesahan daripada KPDNHEP, sekaligus takut untuk mencetaknya, portal berita-berita online telah pun terlebih awal melanggar embargo dan menyiarkannya.

Pernah berlaku sebuah syarikat pengeluar kereta Malaysia memboikot portal online yang menyiarkan lebih awal foto model baharu keluaran syarikat mereka.

Cuba kira berapa banyak portal online didenda akibat salah lapor? Hampir tiada.

Cuba imbas kembali kekecohan yang dilakukan oleh sebuah stesen radio, kira-kira 20 tahun lalu berita kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilakukan oleh sebuah stesen radio dan portal dan ia adalah berita palsu.

Berita itu turut ditularkan oleh blogger-blogger dan sistem pesanan ringkas (SMS) telefon bimbit.

Ketika itu, baginda masih bernyawa dan menerima rawatan di sebuah hospital. Stesen radio itu hanya dipanggil memberi penjelasan ke Kementerian Penerangan.

Dengan kata lain, telah wujud persaingan di kalangan pengamal media (aku lapor dahulu) atau “breaking news”.

Terkini, portal online boleh segera melakukan ‘progressive reporting” atau mengemaskinikan fakta dengan maklumat terbaharu.

Kewujudan portal online ini dengan sikap pengamal media tradisi yang bersikap ‘do business as usual’ telah menyaksikan satu per satu media cetak ‘gulung tikar’ seperti kumpulan akhbar Utusan Melayu pada tahun 2018.

Kesan dengan tumbangnya media arus perdana tadi di samping kesan pemberhentian awal terhadap pekerja NSTP Group, MediaPrima. Ramai petugas media termasuk wartawan kehilangan majikan.

Mereka ibarat kumpulan ‘samurai’ bebas tanpa tuan dan terpaksa menjadi ‘ronin’ dalam dunia media baharu.

Kemahiran dan pengalaman mereka dipergunakan untuk ikhtiar hidup.

Kita menyaksikan pada 17 Februari 2021, stesen televisyen NTV7 dijual kepada Kementerian Pendidikan, dijenamakan kembali dengan DidikTV.

Kumpulan MediaPrima yang dahulunya ghairah cuba memonopoli penyiaran radio dan televisyen untuk disatukan di bawah konglomerat media kini mulai terpaksa menampung kos-kos ‘over head’.

Dunia media telah berubah, portal-portal baharu lebih mudah bertindak balas terhadp isu-isu semasa tanpa rasa takut ‘without fear or favor’.

Ciri unik pada portal adalah capaian boleh diakses oleh sesiapa sahaja, di mana sahaja selagi ada talian internet.

Contoh, orang awam, tidak tahu bahawa akhbar arus perdana tidak akan menyiarkan apa-apa berita kemalangan tragedi berkaitan di pusat peranginan Genting Highland, mereka juga tidak akan menyiarkan berita aduan negatif terhadap stesen minyak Petronas dan sebagainya.

Situasi sekarang, portal-portal berita alternatif inilah yang memberi ‘nyawa’ baharu kepada dunia kewartawanan.

Dahulunya, wartawan-wartawan ini ibarat ‘samurai-samurai’ yang berkhidmat untuk ‘shogun’ masing-masing.

Contoh, apabila Anwar Ibrahim mahu merebut jawatan dalam UMNO pada era 90 an, beliau menggunakan Kumpulan Utusan dibawah Johan Jaafar untuk menghentam Tun Ghafar Baba.

Ini mengakibatkan Tun Ghafar kalah dalam pemilihan UMNO sekaligus terpaksa mengosongkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada Oktober 1993.

Balik kepada isu taring kepada media baharu sekarang, wartawan yang menjadi ‘Ronin’kini secara tidak sengaja terjerumus ke dalam arus perubahan media baharu yang merubah corak penyampaian berita.

Mereka menggunakan kemahiran menganalisa berita, mengupas isu, melengkapkan strategi pemberitaan media alternatif.

Contohnya portal BebasNews, MalakatTribune, MalaysiaPost, Info Rakyat, MHDaily, Malaysia Gemilang, TheReporter IsmaWeb dan lain-lain.

Sekarang ini yang semakin menonjol adalah MalaysiaGazette, Garasi TV, FreeMalaysiaToday dan lain-lain.

Benarkah mereka ini bertaring? Cuba perhatikan topik-topik berita sebenarnya lebih awal dilaporkan oleh portal-portal ini atau dengan kata lain mereka ‘lead the issue’.

Ronin-ronin ini lebih berani mengutarakan penulisan lebih tajam dan kritis berbanding wartawan arus perdana yang masih berbudaya ‘berita yang selamat’.

Pada peringkat awalnya, di mana internet baharu sahaja diperkenalkan di Malaysia pada awal 2000, muncul blogger-blogger yang terdiri daripada orang-orang biasa, aktivis-aktivis yang cenderung kepada perjuangan PKR.

Ditambah lagi dengan faktor Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu melaungkan Reformasi dan mahu menumbangkan kerajaan sedia ada.

Ketika itu, berlaku kekangan maklumat dalam media arus perdana menyebabkan blogger-blogger ini bertukar menjadi cybertrooper berbayar.

Cybertrooper ini mencipta isu, saling sokong menyokong dalam kelompok mereka, menggunakan pelbagai akaun palsu tetapi realitinya tidaklah ramai cuma memperlihatkan seolah-olah mereka mewakili majoriti rakyat.

Mereka ada yang pro BN, pro PAS, pro PKR, pro DAP dan lain-lain.

Mereka menyerang pentadbiran negara dengan memberikan berita-berita alternatif yang tidak disiarkan berita arus perdana.

Pada zaman itu, sebarang foto boleh segera ditularkan dan apabila telefon bimbit semakin canggih lebih banyak aplikasi pesanan ringkas berfoto boleh disebarkan dengan lebih luas bukan setakat Malaysia malah di seluruh dunia.

Contoh terbaharu dua bulan lalu, rakyat Malaysia membalas Tweet kepada ‘Apple’ supaya tidak memberikan wang bantuan tragedi banjir kepada kerajaan Malaysia.

Orang itu mendakwa ada pihak tidak amanah dengan sumbangan atau derma, dakwaan itu menerima beribu-ribu maklum balas yang menyokongnya.

Amat jelas kuasa penyiaran dalam bentuk telefon di tangan rakyat yang sedang marah adalah besar.

Kembali ke soalan relevankah media arus perdana sekarang?

Samurai tidak bertuan yang kini dipanggil Ronin setelah kehilangan kerja telah mula melihat bahawa peperangan dan strategi penerangan lebih mudah dan murah dilakukan di sosial media kerana tiada lagi Shogun mengawal mereka.

Mereka ini dengan mudahnya mengatasi blogger-blogger biasa dan ‘membersihkan’ cybertrooper berbayar yang hanya mengecam tanpa fakta malah lebih kepada fitnah.

Terima kasih kepada ‘Ronin-ronin’ kerana faktor pengalaman dan etika kerja mereka lebih ke hadapan mendapatkan kesahihan berita dan mampu mencetuskan viral sehingga media arus perdana sendiri terpaksa membuat follow up berita portal.

Ini bermaksud portal berita online adalah taring baharu yang akan membunuh ‘dinasour-dinasour’ media.

Para pengiklan juga melihat portal-portal berita sebagai rakan strategik pengiklanan yang lebih ‘credible’, pantas dan terus sampai ke sasaran.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases