spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Syarat ‘tetek’ untuk dapat lesen?

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR 13 Feb 2022 : Apabila baca tajuk ini, mesti ramai terkejut tapi itulah yang berlaku terhadap seorang wanita wakil peniaga.

Beliau menceritakan pelbagai cabaran bagi seorang peniaga wanita sepertinya untuk mencari sesuap rezeki yang halal, ditambah pula apabila ada individu yang tidak berintegriti dan menyalahgunakan kuasanya berada dalam sistem ini.

Wanita berusia 35 tahun ini mendakwa seorang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertanya sama ada boleh atau tidak meramas payudaranya ketika urusan permohonan lesen niaga dilakukan.

‘Sogokan seksual’ itu dikatakan sudah berlaku sejak 2019 tetapi wanita yang sudah berkahwin itu hanya menolak permintaannya dan tidak melaporkan kepada pihak polis kerana ketika itu tiada sebarang kesan terhadap permohonan lesennya.

Bagaimanapun, beliau ada melaporkan insiden itu kepada pihak atasan PBT berkenaan, namun kecewa kerana tiada tindakan susulan.

Dalam kejadian terbaru pada Januari lalu, pegawai itu mula tertekan dan berang apabila kehendaknya tidak dituruti, yang menyebabkan urusan permohonan lesen wanita itu terjejas.

Mangsa menceritakan kembali kejadian itu, pegawai berkenaan telah mengunci pintu pejabatnya, bertanya apa saiz bra mangsa dan bertanya “boleh ramas ke”, beliau juga mengajak wanita itu menemaninya ke pusat hiburan karoke.

“Saya pergi ke pejabat pegawai berkenaan untuk menguruskan 40 lesen dan tapak niaga yang diamanahkan kepada saya.

“Susulan insiden itu, ramai peniaga dibawah saya tiba-tiba mendapat notis denda malah barang-barang dirampas pada 21 Januari lalu,” katanya kepada Wacanakini.com.

Wanita itu telah membuat laporan polis hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, juga membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau ketika ditemui berkata dalam kes tanpa saksi sepertinya, hanya ada satu sahaja penyelesaian iaitu kedua-dua pihak dipanggil untuk menjalani ujian bohong poligraf.

Menerusi laporan Berita Harian sebelum ini,ujian poligraf dapat mencapai keputusan tepat sehingga tahap 98 peratus bagi mengesan pembohongan berdasarkan soalan oleh pakar.

Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia dipetik berkata menegaskan ujian itu bukan sahaja mampu mengenal pasti individu yang melakukan kesalahan seperti penyelewengan, penipuan dan rasuah, tetapi memberi peluang kepada individu dituduh salah laku, membersihkan nama mereka.

Presidennya, Datuk Seri Akhbar Satar, berkata ujian itu amat berkesan bagi mendapatkan bukti dan keputusan siasatan dalam masa singkat membabitkan kos minimum.

“Penggunaan teknologi seperti ujian poligraf itu perlu digunakan seiring dengan perkembangan dunia terkini. Ini dapat mencegah amalan rasuah atau ‘duit tepi’ khususnya dalam kalangan penguat kuasa.

“Kalau dianiaya, mereka turut mempunyai peluang untuk membela diri. Dalam hal ini, ia wajar diperkenalkan dalam sektor awam,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases