spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Prestasi BN lebih baik dari PH – MCA Muar

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Prestasi pentadbiran dibawah Barisan Nasional (BN) lebih cemerlang berbanding pentadbiran Pakatan Harapan sepanjang tempoh 22 bulan memimpin negeri Johor.

Itu fakta yang semua rakyat telah lalui dan lihat sendiri perbezaannya.

Sehubungan itu, Ketua Bahagian MCA Muar Datuk Tey Pey Chuan menyangkal kenyataan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa Datuk Hasni Mohammad gagal mengemudi kerajaan negeri Johor.

Beliau tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana berpendapat prestasi yang ditonjolkan oleh Barisan Nasional lebih baik dan cemerlang jika dibandingkan dengan pucuk pimpinan dua Menteri Besar PH yang lalu.

“Ini kerana sepanjang tempoh pimpinan PH, kita tidak melihat sebarang pembangunan dibawa sepanjang 22 bulan mengemudi negeri Johor.

“Mengapa harus memilih Barisan Nasional?

“Kerana parti ini menitik beratkan bangsa Johor dan memastikan kebajikan dan keunggulan lebih terserlah. Siapa pun yang bertanding, kita pasti berikan seratus peratus sokongan,” katanya kepada WacanaKini.com

Terdahulu, Wan Saiful menerusi perkongsian di Facebook mendakwa Menteri Besar Johor itu gagal mentadbir dan mengemudi kerajaan negeri apabila berkata kerajaan negeri tidak stabil dengan majoriti satu kerusi.

Dalam pada itu, Tey Pey Chuan berkata sokongan yang padu yang diberikan terhadap parti Barisan Nasional terbukti menerusi kejasama bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim sebelum ini.

“Kita akan berikan sepenuh sokongan tidak kira siapa calon yang bertanding. Jentera-jentera kita akan bergerak sedaya upaya bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN.

“Dalam pada itu, kita juga perlu mempunyai keyakinan untuk menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini kerana pengundi juga sedar bahawa pentadbiran PH tidak membawa sebarang kemajuan sepanjang mentadbir,” katanya.

Pilihan Raya Negeri (PRN ) Johor dijadualkan pada 12 Mac depan manakala hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Seramai 49,290 petugas SPR akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN membabitkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Secara keseluruhannya jumlah pusat mengundi sebanyak 1,084 buah dengan 4,720 saluran.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases