Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Warganegara berusia 18 tahun ke atas dijemput untuk menyertai program Sukarelawan Kuala Lumpur.
Warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama kumpulan belia dijemput menyertai Sukarelawan Kuala Lumpur dalam persiapan menghadapi ‘Banjir Kilat’ di musim yang tidak menentu ini.
Menurut Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), petugas sukarelawan akan dibayar saguhati berjumlah RM50 bagi setiap kehadiran sesi kerja-kerja bantuan bencana alam yang disertai.
Kepada yang berminat, mempunyai kesihatan yang baik dan masa lapang atau yang sedang menunggu peluang pekerjaan, dialu-alukankan untuk menyertai program ini.