spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan tiada masalah adakan PRU segera

- Advertisement -spot_img

DATUK Seri Shahidan Kassim bersetuju berhubung kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bersedia membubarkan Parlimen pada bila-bila masa untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), namun Barisan Nasional (BN) mesti berada dalam keadaan bersedia sepenunya.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan itu, maksud ‘bersedia’ itu mesti difahami agar BN dapat memperoleh kemenangan pada PRU15 nanti.

“PM kata bila dah bersedia dan pilihanraya boleh diadakan bila-bila masa dan PM telah beritahu dia tidak akan menangguh (pilihan raya) walaupun sekejap kalau kita dah bersedia untuk menghadapi pilihan raya.

“Bersedia ni bermaksudnya kita pergi pilihan raya kita menang. Saya tiada masalah dan mematuhi keputusan yang dibuat,” katanya malam tadi.

Perdana Menteri dalam ucapan di Konvensyen dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional (BN) ke-48, sekali menegaskan, beliau tidak akan melewatkan walau sesaat bagi mengadakan PRU-15 jika Barisan Nasional (BN) sudah bersiap siaga.

Ismail Sabri berkata, beliau akan membincangkan bersama pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) bagi memutuskan tarikh PRU-15.

“Kalau BN sudah bersiap sedia saya tak akan melewatkan sesaat pun PRU-15 seperti dipersetujui sebelum ini dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) lalu, PRU-15 akan dibincangkan bersama lima pimpinan (Top five) tertinggi.

“Jadi, saya setuju untuk berbincang dengan pimpinan BN untuk menentukan tarikh,” ucapnya. – Wacanakini

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases