Oleh Tun Puteh Wanti
PETALING JAYA : Negara memerlukan satu dana yang besar bagi menampung harga tinggi makanan yang dihadapi oleh rakyat.
Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Ramlan Askolani berkata, ketika menyalurkan bantuan ke Labuan, kita peruntukkan jutaan ringgit pun tidak mencukupi.
“Baru-baru ini ketika ada rungutan rakyat di Labuan kerana harga barang mahal, kita hantar bantuan kewangan bagi menampung harga yang tinggi.
“Kerana itu kestabilan politik amat penting, bagaimana hendak dapat dana yang mencukupi bagi menampung keperluan rakyat jika politik tidak stabil.
“Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memansuhkan amat dipuji kerana telah menyekat AP bagi menyekat penguasaan kartel.
“Pada pendapat saya inilah solusi isu bekalan makanan ketika ini,” katanya pada Rumah Terbuka Aidilfitri Lembah Pantai, di sini semalam.
Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Beliau yang juga Pegawai Tugas-Tugas Khas 2 (PTTK 2) meluahkan rasa gembira apabila kehadiran rumah terbuka mencecah 4,000 orang walau jangkaan hanya 2,000 orang.
“Ini menunjukkan penerimaan rakyat terhadap BN semakin positif dan kami lebih bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.