spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Al Ebreiz perkenal ‘payment channel’ guna token untuk urus niaga

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

BUKIT JALIL : Selepas berjaya memperkenalkan platform jual beli emas dan perak secara digital melalui aplikasi AlaDeen Gold, Al Ebreiz Global Capital Berhad (Al Ebreiz) bakal memperkenalkan ‘payment channel menggunakan perantaraan token untuk memudahkan urusan jual beli secara digital sesama ahli komunitinya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Al Ebreiz, Mohd Norazam Dato’ Muhammad berkata, payment channel ini menawarkan kaedah lebih cepat, selamat dan mudah kepada pengguna aplikasi AlaDeen Gold untuk berurus niaga.

“Uniknya produk emas 999.9 dari Al Ebreiz, kami tawarkan dengan harga dalam berbagai variasi serendah RM36 untuk 1/32 dinar (0.13 gram) serta RM 26 untuk 0.10 gram emas.

“Dinar ini boleh dihadiahkan kepada isteri dan anak-anak sebagai bantuan pendidikan dan masa depan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri ulang tahun ke 2 Al Ebreiz di Auditorium Resources Centre, MRanti Park, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Sambutan ini diadakan bagi meraikan 500 pelanggan Al Ebreiz yang setia melanggan emas digital melalui aplikasi AlaDeen Gold.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Al Ebreiz, Dato’ Ku Jaa’far Ku Shaa’ri.

Turut hadir, pengasas Agenda Rakyat Malaysia, Dato’ Dr Mohd Ramalan Yunus, Pengasas Akademi Bigboys, Rizwan Dato’ Dr. Mohd Ramalan dan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Seramai 10 orang yang bertuah hadir pada majlis ini menerima emas secara digital sebanyak 25 gram keseluruhannya.

AlEbreiz ditubuhkan bertujuan untuk mengubah sistem ekonomi moden kepada sistem ekonomi Islam berdasarkan keadilan.

Al Ebreiz adalah organisasi berasaskan teknologi terkemuka yang terletak di Kuala Lumpur dan bercita-cita untuk menyediakan Sistem Kewangan Islam Hibrid di masa hadapan. 

Al Ebreiz mempunyai rancangan untuk mengembangkan sayapnya ke Singapura, Indonesia, dan Timur Tengah.

Menurut Mohd Norazam, para pengguna boleh membeli emas, dinar, perak dan dirham melalui aplikasi AlaDeen Gold ini. 

“Apa yang pasti harga yang ditawarkan kepada para pengguna merupakan harga yang terbaik.

“Aplikasi AlaDeen Gold ini boleh dimuat naik dari Google Playstore dan Apps Store. 

“Aplikasi mesra pengguna ini dilihat mampu untuk memberi persaingan yang sihat dalam pasaran jual beli emas secara digital,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases