spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Satu Malaysia terkejut, tapi kami ok beza Raya sehari sahaja- Amira, Amar

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

PETALING JAYA : Sejurus Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari ini, pengguna media sosial menyiarkan pelbagai aksi ‘Raya Terkejut’ kerana menyangka raya jatuh pada hari Selasa.

Kejutan ini juga sebenarnya mencerminkan sikap segelintir kita iaitu suka bertangguh kerja dan ‘tidak bersedia’ jika apa yang berlaku bukan sebagaimana dirancang.

Namun bagi pasangan pelakon jelita Amyra Rosli dan suaminya, Amar Baharin, keluarga mereka menerima pengumuman Hari Raya yang jatuh pada hari ini dengan hati yang tenang.

“Satu Malaysia terkejut, tapi kami ok takdelah beriya terkejut sangat sebab beza Raya sehari sahaja.

“Harap semua beraya dengan tenang, nikmati dan raikan hari Raya seadanya.

“Segala persiapan sudah dibuat awal lagi, lagipun kami sekeluarga dan keluarga mentua sambut Aidilfitri di KL.

“Dua tahun tak rasai suasana Raya sebagaimana sebelum ini mengajar kita untuk lebih bersederhana, saya hanya ada sepasang baju Raya sahaja dan sudah rasa cukup,” luah Amyra yang ditemui ketika sedang berbuka puasa bersama keluarganya di Tropicana Golf & Golf Resort, Kelana Jaya di sini.

Beliau meluahkan rasa syukur apabila keadaan anaknya sudah pulih daripada terkena jangkitan virus Kawasaki awal bulan lalu.

Menurut Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli, 31, beliau memastikan persekitaran anaknya Ayra Aryssa, 2, sentiasa bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan terhadap kesihatan anaknya.

Sebelum ini, Amyra mengalami sakit sendi dan lebam di beberapa bahagian tubuhnya selain batuk tidak henti menyebabkan dia terpaksa berehat daripada menjalani penggambaran drama Jangan Menangis Cinta.

Amar sebelum ini memaklumkan keadaan itu tidak pernah berlaku dan isterinya juga telah menjalani pemeriksaan namun keputusan ujian darah dalam keadaan baik.

Mereka mengambil dua cara ikhtiar iaitu hospital dan perubatan Islam, kini Alhamdullilah Amyra sudah pulih walaupun berat badannya kelihatan susut.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.

Lakonan Amyra menerusi Jangan Menangis Cinta yang mula ditayangkan di Astro setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases