spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Sarawak tidak duduk diam, tetap berjuang pulih hak dalam MA63

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Tidak akan duduk diam namun Sarawak kekal berjuang untuk memulihkan hak seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Tegas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Sarawak akan terus berjuang untuk memelihara kepentingan dan hak negeri ini dari Putrajaya.

“Di sebalik pencapaian, kita tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaan kita,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Hari Kelapan Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 hari ini.

Menurut beliau, Sarawak menuntut demi untuk membangunkan negeri tercinta agar setanding dengan seluruh Malaysia dari segi pembangunan.

“Rundingan Perjanjian Malaysia (MA63) sentiasa dekat di hati kita dalam Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” tegasnya rundingan secara aktif giat berlangsung.

Jelas Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Ekonomi Baru itu lagi sehingga ke hari ini kemajuan rundingan ketara dapat disaksikan.

“Di mana kita mempunyai beberapa pencapaian khususnya dalam pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang telah memulihkan status Sarawak dan Sabah seperti sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1976,” ujarnya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases