Oleh: ARRIAN ZAYNE
KUCHING: Kajian bagi meminda Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah dilaksanakan sejak tiga tahun lepas.
Tindakan untuk meminda bukan semberono tegas beliau susulan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (sebelum dipinda) tidak jelas mengenai hak kawalan spektrum di ruang udara untuk tanah di Sarawak.
“Kita (Sarawak) mempunyai hak di bawah tanah iaitu kandungan mineralnya namun RUU Kanun Tanah (sebelum dipinda) tidak menjelaskan milik siapa atas tanah kita (ruang udara)?,” katanya.
Beliau berkata demikian di Majlis Sama Riang Aidilfitri N7 Samariang bersama Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pada Sabtu.
Maka, Abang Johari menekankan kandungan RUU Kanun Tanah yang kelihatan samar terhadap pemilikan ruang udara menjadi penggerak kepada kerajaan Sarawak untuk meminda RUU Kanun Tanah (Pindaan), 2022 seperti yang dibentangkan oleh Tegas Timbalan Menteri Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perhubungan Negeri-Persekutuan Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 baru-baru ini.
“Sebab ini saya telah meminta kumpulan SAG (Jabatan Peguam Besar Negeri) di bawah Sharifah Hasidah untuk menuntut hak di atas (ruang udara) adalah hak pemilik tanah (Sarawak),” kata beliau.
Dengan kelulusan terhadap RUU Kanun Tanah (Pindaan) 2022 tegas beliau memuktamadkan Sarawak layak menuntut hak kawalan spektrum di ruang udara selepas ini.
Hasrat meminda RUU berkenaan jelas Abang Johari berpandukan kepada amalan ekonomi hijau yang menjadi fokus kerajaan Sarawak memandangkan perubahan iklim amat ketara di peringkat global.
“Ekonomi hijau adalah berteraskan tenaga diperbaharui berikutan Sarawak mempunyai tenaga Hidro yang menyumbang kepada penjanaan tenaga elektrik serta kita juga ada tenaga hidrogen daripada air (hidro),” ujarnya tiga tenaga yang dijanakan akan dipertahankan sebagai dasar kerajaan untuk membangunkan negeri ini.