spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Rina buat 12 bekas gurunya sebak, santuni 5,000 penduduk Titiwangsa

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

DATUK KERAMAT : Suasana Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Titiwangsa agak berbeza berbanding rumah terbuka pemimpin lain.

Ini kerana Ahli Parlimennya, Datuk Seri Rina Harun memilih Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2, tempat pendidikan awal beliau awal 80 an dahulu di daerah ini.

Seramai 12 bekas guru dari Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 1 dan 2 dijemput, dirai dalam suasana hiba dan meriah sekali dengan hadirin lebih 5,000 orang.

Hiba kerana mereka tidak menjangka sebegitu besar sambutan, dengan potongan kek, ucapan Selamat Hari Guru, berlatar muzik Surat Cinta Untuk Starla digubah menjadi Surat Cinta Untuk Guru.

Air mata sang guru dengan wajah dimamah usia mengalir saat potongan kek disuapkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Selesai upacara memotong kek, Rina menyampaikan cenderahati jambangan buku dan kotak hadiah berbentuk peti emas.

Rina berkata, jasa mereka amat besar mencurah ilmu daripada darjah 1 hingga darjah 6.

“Dulu saya kena naik bas tiket bas 5 sen dari rumah ke sekolah, ia mengajar kita berdikari.

“Kadang-kadang kita lupa, kita banyak nak gembirakan orang di luar, follower kita, sibuk dengan telefon, sibuk kerja tetapi lupa menghargai orang yang paling dekat dengan kita, yang depan kita.

“Jadi saya suka mengingatkan semua setiap insan yang berjasa yang mendoakan kita itu penting, hargailah mereka walaupun sekejap kerana ia bernilai,” katanya ketika menghadiri Majlis Terbuka Aidilfitri Parlimen Titiwangsa.

Turut hadir Timbalan Menterinya, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mahadi Che Ngah.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases