Oleh Tun Puteh Wanti
HULU SELANGOR – Kemenangan pengasas SP Care Group, Dr. Sathia Prakash Nadarajan dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Hulu Selangor mengalahkan peyandangnya, June Leow Hsiad Hui, membuktikan corak penilaian rakyat terhadap pemimpin yang mereka pilih sudah berbeza.
Keikhlasan pemimpin untuk mendengar luahan dan bertindak mengikut apa yang rakyat mahu amat penting kerana itu kayu ukur sebenar bagi memastikan mereka kekal bertahan.
Sementelah lagi, Dr Sathia memenuhi ciri yang dimahukan penduduk Hulu Selangor dengan agenda rakyat yang dibawanya, beliau dianggap penyelamat yang meninggalkan kesan di hati rakyat.
Hasil keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menerusi laman web wwww.pemilihankeadilan2022.com
Dr. Sathia memperoleh sebanyak 1,903 undi manakala June Leow yang juga Ahli Parlimen Hulu Selangor mendapat sebanyak 1,803 undi
Manakala satu lagi calon, Datuk Azizan Zakaria hanya mendapat 161 undi.
Bukan sahaja Dr Sathia menang sebaliknya hampir kesemua barisannya kepimpinannya juga menang dalam pemilihan PKR 2022-2025 Cabang Hulu Selangor kali ini.
Persaingan itu dikatakan antara yang bersejarah kerana ini kali pertama Dr Sathia bertanding manakala June Leow pula sudah menjadi ketua cabang selama dua penggal.
Harapan rakyat adalah sama, semoga tahun 2022 dan masa depan membawa sinar kepada Hulu Selangor apabila rakyat dan pemimpin bersama-sama bangkit membangunkan keluarga dan negara.