Oleh Tun Puteh Wanti
KUALA LUMPUR : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memaklumkan semua pihak pemaju yang terbabit dengan kawasan tadahan akan ditarik balik.
Beliau turut mencadangkan semua kolam takungan diwartawakan sebagai kawasan tidak boleh disentuh.
“Semua pihak yang terlibat dengan pembangunan di kawasan kolam takungan, ditarik balik.
“Semua kerja dihentikan serta merta. Kita akan bayar balik wang yang dibayar,” katanya kepada Wacanakini.com.
Tambah Shahidan, Kampung Delima, Pudu, lain-lain tempat menjadikan kawasan panas banjir kilat di Kuala Lumpur kini adalah 28 lokasi.
“Banjir ini berlaku apabila hujan turun setempat, bukan seluruh Kuala Lumpur.
“Kawasan tadahan adalah seperti Bukit Persekutuan, Mumtaz Ali syor untuk diserahkan kepada pihak warisan.
“Bukan semua tanah dikawal KPKT, milik Persekutuan adalah termasuk kuarters kerajaan.
“Kami akan berunding, tanah diberi kepada DBKL, kawasan tertentu adalah kawasan hijau,” katanya.