spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

NDC bukti lelaki mampu terokai dunia kosmetik wanita

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

AMPANG : Wanita sinonimnya dikaitkan dengan kecantikan tetapi apabila lelaki mula menguasai, menerokai dunia perniagaan kosmetik, ia kelihatan lebih menarik dan mencabar.

Biasanya pemain industri kecantikan ini membabitkan suami isteri selebriti seperti Datuk Alif Syukri dan Aeril Zafrel yang aktif dalam dunia kosmetik wanita.

Bagi wanita pula, ia satu penghargaan apabila sang lelaki memahami apa yang wanita suka dan mahun

Kali ini, dua lelaki yang bersahabat mencabar diri mereka sendiri untuk melabur lebih RM300,000 bagi menghasilkan lapan produk kecantikan jenama Nie Dior Cosmetic (NDC).

Pengasas bersama, Muhammad Mustakim Lokman Hakim dan Zamzuri Mohamad berkata, nama Nie Dior ini adalah slang bahasa Timur yang bermaksud ‘ini dia’ jenama mudah diingati.

“Produk NDC terdiri daripada serbuk minuman untuk menyingkirkan lemak, pemutih, tiga jenis warna lipstik, krim rawatan kulit dan sabun rawatan kulit.

“Uniknya produk NDC ini sudah lulus pensijilan MeSTI selepas dua tahun penyelidikan.

“Kami sasarkan 3,000 stokis, ketika ini ada 30 stokis dan 150 ejen. Ini salah satu cara yang diberikan oleh NDC untuk memberi peluang rakyat menjana pendapatan selepas dua tahun pandemik,” katanya pada Majlis Pelancaran NDC dan Hari Raya di Hotel De Palma di sini.

Orang ramai yang mahu menyertai program usahawan NDC boleh layari instagram nie_diorcosmetichq.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases