spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Nambikkai dedah tiga tahun mati tidak tahu punca

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Dengan motto “Membela Mereka Yang Di Tindas”, sebuah NGO, Pertubuhan Kebangsaan Nambikkai Malaysia (Nambikkai) mendedahkan satu kes dimana kematian yang tiada sijil kematian sah.

Presiden Nambikkai, Datuk Kalai Vanar berkata, surat kematian dikeluarkan pihak hospital tetapi status sijil kematian masih tertangguh sejak 2019.

Beliau menuntut keadilan buat keluarga mangsa yang telah meninggal dunia selepas mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak 25 Mei lalu.

“Mangsa yang bernama Thamil Selvan A/L Muniandy telah meninggal dunia dipercayai selepas disuntik darah dari tabung darah, di mana waris mangsa diberitahu bahawa mangsa kekurangan darah.

“Maka keluarga setuju untuk suntikan tambahan darah. Malangnya setelah darah dimasukkan, mangsa di dapati keadaan kritikal keesokan harinya.

“Pihak yang memberi rawatan pula memberitahu waris mangsa yang suntikan darah tersebut telah dijangkiti kuman mengakibatkan mangsa terus meninggal dunia,” katanya kepada pemberita.

Beliau telah menyerahkan memorandum berhubung isu waris si mati kepada wakil pengurusan hospital di sini semalam.

Mangsa meninggal dunia pada 2 Januari 2019.

Menurut waris si mati, nombor MyKad dalam laporan kematian juga salah.

“Setelah tiga tahun lima bulan berlalu tetapi kami belum mendapat sebarang jawapan punca dan sebab kematian.

“Apa laporan bedah siasat, harap ada jawapan dalam tempoh 10 hari ini sebelum dibawa ke Kementerian Kesihatan Malaysia,?,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases