Oleh Fhatihah Zakinan
KUALA LUMPUR : Jika kita biasa mendengar pepatah Melayu mengenai binatang seperti jangan sangka air yang tenang, tiada buaya.
Ini pula, ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya bermaksud masih merendahkan diri, tetapi tidak turun martabatnya.
Siapa yang tidak gerun apabila terserempak dengan ‘King Cobra’? Bagi penjinak ular, mungkin sudah biasa mengendalikan spesies reptilia ini.
Umum mengetahui, King Cobra atau ular tedung selar dengan nama saintifiknya, Ophiophagus hannah, didatangkan dengan gigitan yang sangat berbahaya dan paling berbisa di dunia.
Bagaimanapun, satu klip video menakjubkan di Twitter baru-baru ini memaparkan seekor King Cobra memasukkan kepalanya ke dalam gelas berisi air kosong yang dipegang oleh tangan individu dipercayai seorang lelaki.
Ia turut dipercayai, ular berkenaan juga perlu menghidrasi diri, namun tidak membuka mulut tetapi menyedut air melalui lubang hidungnya.
Indiatimes.com melaporkan, klip video berdurasi 9 saat itu pada asalnya dimuatnaik individu menerusi akaun bernama ncsukumar, memberi maklum balas kepada satu hantaran pemilik akaun bernama, pegawai khidmat luar negara India, (Indian Foreign Service – IFS), Susanta Nanda, menunjukkan anak monyet dan tiga anak itik berkongsi makan tembikai, pada Ogos 2021.
Bagaimanapun, ia kembali tular baru-baru ini kerana netizen begitu teruja dan pada masa yang sama berasa gerun dan bingung melihat kelakuan dan keanehan ular terbabit.
Sebelum ini, insiden sama pernah berlaku di perkampungan bandar Kaiga di Selatan India, di mana penduduk di sana menemukan seekor ular kobra kelihatan haus dan kekeringan.
Penyelamat haiwan di sana bergegas menyelamatkan ular gergasi itu dengan memberinya minum air sejuk.
Bagi tujuan keselamatan, mereka bekerjasama dengan sekumpulan memegang erat ekor ular manakala sekumpulan lagi memasang perangkap ular di bahagian lain sebelum ia dibawa ke pusat jagaan haiwan.
SKP (@skp__2016)
That man is so bold! Unbelievable…how he has managed?
Vedic Land (@Vedicland)
Unbelievable .. looks quite huge, looking at the tail behind
amar nath dev (@amarnathdev1)
Need lot of courage to do this.
Pada Februari lalu di Twitter juga, tular video seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an, di wilayah Krabi, selatan Thai berjaya menundukkan ular berbisa spesies sama sepanjang 4.5 meter dengan berat 10 kilogram, dengan hanya menggunakan tangan!
Sedikit info mengenai King Cobra;
- Ular Tedung Selar adalah ular bijak dan berbisa terbesar di dunia namun tidak diklasifikasi sebagai keluarga kobra tetapi spesis Naja
- Mirip ular senduk (cobra)
- Isipadu racunnya (7 ml) setiap patukan amat banyak sehinggakan ia mampu membunuh gajah atau 20-30 orang manusia.
- Tidak mempunyai gigi kacip, ia menelan mangsanya lengkap
- Mempunyai warna kulit hitam, kehijauan atau coklat, garis berwarna putih atau kuning
- Berasal di Asia Tenggara, mendiami hutan Malaysia, India, dan Filipina, tetapi tidak terdapat di Sri Lanka