spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

KWP tempatkan 20 petugas di setiap 25 hot spot banjir

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

KUALA LUMPUR : Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menempatkan 20 orang petugas di setiap 25 kawasan hot spot banjir kilat sekitar Kuala Lumpur.

Menterinya, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, dua pendekatan yang diambil KWP dalam menangani isu banjir kilat iaitu menggunakan orang untuk memastikan pengaliran berjalan dengan baik dan juga penggunaan pam sementara.

“KWP menempatkan 25 pam sementara di lokasi hot spot berkenaan.

“Bagi jangka masa sederhana, bina kolam takungan di tempat boleh alirkan kawasan hot spot.

“Jangka masa panjang, pembinaan infrastruktur lain pula,” katanya kepada Wacanakini.com.

Tambahnya, beberapa perkara sedang diperhati semula.

“Contohnya Sungai Beras, aliran air daripada Damansara turun ke Sungai Kelang.

“Daripada zaman British dahulu di Taman Botani, air daripada Sungai Beras ini menyebabkan berlaku banjir.

“Hari-hari kena beri perhatian, supaya boleh selesaikan.

“Kesan banjir menyebabkan kesesakan lalu lintas. Kita guna pendekatan digital, tenaga manusia seperti polis trafik bekerja, pastikan laluan trafik dikurangkan.

“Pengurusan melibatkan tasik, DBKL saya maklumkan kita tidak benarkan untuk pembangunan,” katanya.

Pelbagai inisiatif yang diambil KWP ini membuktikan Shahidan dan DBKL benar-benar mahu menjadikan KL berwajah baru dan bebas banjir.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases