Oleh Nur Lina Mastura
Petaling Jaya – Panik selepas kediaman digempur sepasukan anggota polis cawangan Narkotik Petaling Jaya, seorang lelaki mati di tingkat bawah Blok E, PPR Lembah Subang Petaling Jaya lewat malam tadi.
Dia bertindak terjun dari tingkat 5 bangunan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Sebaik tiba di Pusat Perubatan Universiti Malaya, pegawai perubatan yang memeriksa mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Mangsa yang dikenali sebagai ‘Khir’ dipercayai adalah seorang ‘tokan’ yang aktif mengedar dadah di sekitar kawasan Kajang.
Hasil ujian saringan air kencing ke atas 3 orang lagi lelaki Melayu yang turut berada di dalam kediaman itu mendapati mereka positif dadah jenis Mathephetamine. Ketiga tiga mereka ditahan dibawah seksyen 15a(1).