spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Gadis hidup 23 tahun tanpa kad pengenalan, akhirnya dapat MyKad menjelang Hari Gawai

- Advertisement -spot_img

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Beberapa kali bersembunyi di dalam tandas ketika pihak berkuasa membuat pemeriksaan mengejut di tempat kerja semasa pandemik Covid-19 yang lalu antara pengalaman yang tidak akan dilupakan buat Amastasia Bejie yang hidup 23 tahun hidup tanpa MyKad.

Namun igauan ngeri buat gadis Sarawak ini berakhir kini, setelah dirinya dan abangnya Jones Bejie menerima kad pengenalan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sarawak baru-baru ini.

Bagi anak jati Sri Aman ini, Amastasia menganggap memiliki MyKad telah memaknakan sambutan Hari Gawai yang dirai esok hari.

“Mana tidaknya saya pernah disangka bukan warganegara Malaysia ketika ingin membuat urusan menyewa bilik…saya amat sedih ketika itu,

“Waktu hendak menyelesaikan urusan menyewa bilik saya pernah disoal bertubi-tubu kalau benar saya warganegara Malaysia di mana MyKad saya,” katanya kepada Wacanakini.com situasi ini amat mengguris perasaan beliau selain diselubungi takut.

Nasib serupa buat abangnya, Jones yang mengkui pernah ditahan oleh pihak berkuasa berikutan gagal menunjukkan MyKad.

“Saya juga sering mendapat amaran daripda pihak penguatkuasa yang membuat rondaan di tempat kerja serta menasihati saya agar berusaha mendapatkan MyKad bagi mengelak sebarang masalah di masa akan datang,” katanya yang bekerja sebagai makenik di Kuching.

Ekoran itu ingin mengubah nasib, pada Januari lalu, Amatasia dan Jones tampil serta merayu di media sosial mengharapkan bantuan orang ramai serta pihak kerajaan untuk mendapatkan kad pengenalan.

“Saya bersyukur nasib kami dibantu dan mendapat pembelaan yang sewajarnya…terima kasih kerajaan Sarawak kerana membantu saya dan adik saya mendapatkan MyKad,” katanya perkara pertama ingin dilakukan dengan MyKad berkenaan adalah membuka akaun bank bagi membuat simpanan.

Nasib mereka yang tular telah mencuri perhatian ramai termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Fatimah membantu dengan kerjasama JPN mendapati kedua adik-beradik ini mempunyai sijil kelahiran namun tidak mempunyai kad pengenalan ekoran lewat memohon.

“Masalah mereka dapat diselesaikan kerana tidak melibatkan isu kewarganegaraan kerana mereka ada sijil lahir namun tidak mempunyai MyKad,

“Oleh itu kami (kementerian) menghubungi segera JPN Sarawak untuk membantu Amastasia dan Jones melakukan proses permohonan kad pengenalan melalui prosedur Pendaftaran Lewat Kad Pengenalan (DLKP) susulan usia masing-masing melebihi 16 tahun,” jelasnya urusan ini tidak sesulit kanak-kanak lewat mendaftar kelahiran mencecah 12 tahun.

Kedua adik-beradik berkenaan kata Fatimah lagi telah menjalani prosedur temuduga bersama pihak JPN Sarawak sendiri serta menunjukkan sendiri bukti dan dokumen.

“Pihak kami membantu sehabis baik agar Amastasia dan Jones berjaya mendapatkan MyKad kerana dokumen pengenalan diri ini amat penting kerana kita tidak mahu mereka tersisih dalam masyarakat,” jelas Fatimah selepas ini dengan MyKad Amastasia dan Jones boleh menjalani kehidupan normal serta tidak akan dibuli lagi.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases