spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Filem Desa Penari rai perbezaan pendapat alam ghaib

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

Dua hari lalu, For Your Page (FYP) di TikTok mula menyiarkan petikan KKN Desa Penari iaitu judul filem seram Indonesia tentang enam orang pelajar praktikal ke sebuah desa terpencil Surabaya, Indonesia

Pelajar ini memasuki alam bunian dan di sinilah debaran-debaran plot peristiwa seram dialami mereka.

Ada pelajar dirasuki makhluk alam sebelah yang membolehkan dia menari begitu indah.

Penonton perlulah melihat sendiri k seluruhan cerita.

Selepas itu di TikTok bermulalah trending ‘content-content’ cuba meniru tarian tadi.

Tarian jawa yang lemah gemalai itu cuba ditiru dengan pelbagai aksi, ada yang keras ada yang menjadi.

Berdasarkan komen-komen ramai yang memberikan respond mulai mempercayai masing-masing ada kelebihan tersebut.

Dalam filem itu juga ada watak yang kebal dari godaan makhluk alam sebelah (ghaib).

Rupa-rupanya watak itu dilindungi saka keturunan.

Filem ini jelas mengangkat budaya Jawa dan kefahaman mereka tentang alam mistik.

Dalam enam bulan kebelakangan ini kita menyaksikan trending personaliti TikTok membuat aktiviti paranormal ke hutan, rumah tinggal, pusat beli belah terbengkalai.

Personaliti TikTok ini menerusi ‘live’ mereka terkumat kamit membaca doa menghalang roh jahat disamping bersuara menyeru memanggil jin-jin menampakkan diri.

Kelihatan kelam kabut mereka ini sambil sesekali menyebut meminta penonton menghantar ‘gift’ serta meminta penonton ‘share dan like’ content mereka.

Di TikTok juga wujud personaliti lelaki dan wanita yang mengaku sebagai perubatan Islam membuat ‘live’ Ruqyah bacaan doa-doa menghalau jin-jin dari tubuh penonton TikTok mereka.

Berdasarkan semua ini nyata trend masyarakat yang dahulunya dikatakan kuno apabila berkaitan alam ghaib, alam jin tetapi generasi sekarang memanfaatkan media sosial untuk cari follower di samping mempromosikan garam dan air minuman Ruqyah.

Content-content berbentuk menyalahkan jin (asyik-asyik salah jin juga), tak boleh tidur salah jin, sakit badan salah jin, mimpi buruk pun salah jin semua salah jin. Tak tahu jadi hukum terus.

Satu pihak lagi pertikai tak percaya sambil mengatakan itu perbuatan sihir dan macam-macam lagi.

Media sosial kini secara terbuka mempersembahkan content perihal jin dan sihir.

Kembali ke bab filem tadi unsur-unsur saka dipersembahkan dalam bahasa perfileman yang memberikan pemafahaman positif tentang apa itu saka berbanding content-content personaliti TikTok iaitu paranormal dan ustad jadian.

Asal saka je jahat, tak boleh tidur sahaja kononnya disihir, satu mentaliti yang sebenarnya tidak mengubati masyarakat pun.

Sebaliknya menimbulkan prasangka sesama Keluarga Malaysia, contoh terbaik ialah pada zaman dahulu jika terjumpa syiling di jalanan yang tidak diketahui pemiliknya, orang tua berpesan kutiplah, ambillah masukkan ke tabung masjid atau surau.

Jangan biar duit atas tanah, tak elok. Tetapi kini ustad jadian di TikTok nampak syiling atas tanah kata jangan ambil, ada sihir pada syiling itu, jin jahat akan rasuk sebaik syiling disentuh.

Apakah jenis bala yang kita cuba terapkan dalam mentaliti masyarakat? Kenapa kita tidak cakap dalam sebuah motorsikal Yamaha 125 atau Ferrari juga ada jin yang mudaratkan kita apabila jatuh motor?

Kesimpulannya filem Desa Penari meraikan perbezaan pendapat berkaitan indahnya alam ciptaan tuhan yang masih luas.

Antara babak yang terdapat dalam filem berkenaan.
- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases