spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Bekas wartawan BH meninggal dunia

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

Kota Bharu: Bekas wartawan Berita Harian (BH) Azman Mahmood yang menderita penyakit saraf, kencing manis dan buah pinggang, meninggal dunia malam tadi.

Azman, 59, menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Hutan Pasir, Ketereh di sini pada 10.55 malam.

Mengikut laporan BH, arwah berkhidmat dengan BH selama 17 tahun meninggalkan isteri, Sakinah Mohd Noor, 62; tiga anak berusia antara 28 tahun hingga 32 tahun dan empat cucu.

Sakinah ketika dihubungi berkata, kesihatan suaminya merosot sejak sebulan lalu dan hanya minum air dan tidak boleh makan kerana mudah muntah.

“Disebabkan itu, badannya menjadi lemah namun masih mampu bercakap dan berjalan dengan tongkat. Sejak seminggu lalu, keadaannya semakin lemah dan kami reda dengan pemergiannya,” katanya.

Menurutnya, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hutan Pasir selepas solat Zohor hari ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases