spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Viral lebih cepat untuk dibantu

- Advertisement -spot_img

EVOLUSI penyampaian maklumat di hujung jari kini menyaksikan trend orang ramai merakam dan menularkan keadaan orang lain dilihat efektif untuk mendapat perhatian.

Faktor psikologi manusia lebih mudah percaya apa yang dilihat terlebih dahulu berbanding mengetahui kisah sebenar disebaliknya menyebabkan kaedah penyampaian secara visual semakin popular.

Mantan Naib Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Wan Julia berpendapat, dengan melihat gambar disertakan dengan kata kata dan reaksi akan mudah diingat dan lebih mempengaruhi emosi.

“Lebih mudah menyentuh hati, video lebih senang orang ramai percaya akan kesusahan seseorang.

“Ini yang dimaksudkan dunia atau ilmu tanpa sempada ‘no boundries’, guna jari sahaja dunia akan didekatkan pada pengguna.

“Dunia ini macam-macam boleh buat khususnya untuk berniaga jual beli barang,” katanya.

Terbaru, gara-gara dua kisah kesusaham tular di media sosial, pendakwah terkenal, Ebit Lew menghadiahkan dua buah kereta jenis Proton Saga BLM dan Perodua Bezza untuk diberikan kepada pasangan orang kelainan upaya (OKU) dan seorang penjual ais krim potong yang menjaga ibunya yang OKU.

Banyak contoh-contoh kisah kehidupan masyarakat yang ditularkan mendapat perhatian dan bantuan segera.

Kebanyakan visual asal adalah daripada orang luar yang prihatin melihat kesusahan orang lain.

Ada yang bantu tularkan kerana rakannya dihalau daripada rumah, ada kes diberhentikan kerja kerana PKP, ada yang sukar dapat bantuan zakat dan cara viral dilihat lebih mudah.

Tak perlu isi borang, tak perlu turun naik dapatkan cop pengesahan permohonan JKKP Kampung atau Imam masjid, tak perlu tunggu lama untuk tahu lulus atau tidak permohonan bantuan zakat berkenaan.

Kebanyakan pemohon zakat yang ditemui meluahkan rasa kecewa mereka kerana kesukaran mendapatkan bantuan ketika keadaan benar-benar kesempitan.

Jalan mudah adalah meluahkan di media sosial, wartawan atau juga ihsan orang ramai yang menyaksikan kesusahan mereka.

Pada pendapat penulis, individu yang sanggup tampil ke ‘public’ meluahkan kesusahannya adalah lebih jujur dan amat ,’tersepit’ menyebabkan dia berani bertindak sedemikian dalam dunia terbuka tanpa sempadan.

Sesiapapun boleh beri komen dan dibaca oleh semua orang, pastinya yang mengenali atau mengetahui kesusahannya akan turut berkongsi cerita dan membuatkan penyampaian itu lebih berfakta.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases