KUALA LUMPUR : UMNO Segambut mengagihkan hampir 100 kotak makanan untuk diedarkan ke masjid dan surau seluruh daerah Segambut sempena bulan Ramadan ini.
Ketua UMNO Bahagian Segambut, Datuk Mahadhir Sulaiman berkata, sumbangan berkenaan adalah daripada sumbangan UMNO Segambut.
“Walaupun cadangan untuk mengumpulkan sumbangan ini berlaku saat akhir tetapi masih dapat dijayakan.
“Inilah bukti kerjasama akar umbi yang bersama-sama UMNO sejak dahulu lagi dan masih setia menyokong setiap usaha UMNO untuk rakyat dan negara,” katanya pada Majlis Makan Malam dan Jalinan Mesra Ramadan di sini malam tadi.
Seramai 36 Ketua Cawangan hadir pada majlis ini.
Turut dilancarkan tabung khas bagi membantu mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Segambut, Dato Bakhtiar Adnan yang sedang uzur.