spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Touch ‘n Go dah jadi ‘Ah Long’?

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

Netizen mula mempertikai status syarikat Touch ‘n Go (TnG) selepas melancarkan cadangan skim pinjaman peribadi digital inklusif yang tersedia melalui TnG eWallet, iaitu GOpinjam, baru-baru ini.

GOpinjam dikatakan produk kewangan baharu yang menawarkan penyelesaian melalui skim pinjaman peribadi digital di TnG eWallet.

Bagaimanapun, susulan pengumuman itu, timbul pelbagai kritikan negatif dalam kalangan netizen malah dibimbangi ia menjadi trend baharu Ah Long berlesen yang lebih mudah ‘menjerat’.

Ini kerana, skim berkenaan menawarkan kadar faedah tetap antara 8 sehingga 36 peratus (%), setahun bergantung kepada tempoh pinjaman.

Sudah tentu, mengejutkan apabila kadar faedah yang agak tinggi mendapat perhatian ramai.

Namun, menjengah ke ruangan komen perkongsian di page The Vocket, netizen berpendapat kadar faedah tinggi itu bukan sahaja memakan diri, tetapi ia boleh menjadi ‘jerangkap samar’ untuk orang ramai khususnya anak muda jika mudah terpengaruh tanpa ilmu yang betul.

Malah, boleh membuatkan mereka muflis jika tidak mampu melunasnya kembali kelak.

Segelintir mereka malah turut menasihati supaya tidak terpengaruh untuk membuat pinjaman yang mengamalkan riba dan berpendapat supaya tidak membebankan diri membuat pinjaman yang memiliki kadar faedah (interest) tinggi.

Pada 1 April lalu, The Vocket melaporkan, TnG e-Wallet mengumumkan GOpinjam yang menawarkan pinjaman peribadi serendah RM100 hingga RM10,000.

GOpinjam ditawarkan kepada pengguna TnG eWallet untuk warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.

Syarat peminjam memerlukan pendapatan bulanan minimum hanya RM800 bagi melayakkan akses kepada GOpinjam.

Tempoh pembayaran balik adalah ansuran fleksibel secara antara satu minggu hingga 12 bulan tanpa bayaran tambahan bagi caj penyelesaian awal.

CEO Kumpulan Touch ‘n Go, Effendy Shahul Hamid dilaporkan berkata dengan kerjasama CIMB Bank Berhad (CIMB Bank), semua pengguna (kali pertama) perlu mengemukakan sama ada slip gaji sebulan atau penyata Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) terkini berserta maklumat asas untuk permohonan pinjaman.

“Mereka akan dimaklumkan pada hari bekerja keesokannya sama ada pinjaman adalah lulus ataupun tidak.

“Setelah diluluskan, dana berkenaan akan dimasukkan ke Touch ‘n Go eWallet atau akaun bank CIMB mereka.

“Pengguna yang pernah membuat pinjaman tidak perlu melalui proses penyerahan dokumen. Inisiatif ini dilakukan bagi mereka yang tidak dapat memohon pinjaman kredit formal,” katanya.

Katanya, cadangan pelaburan mikro Touch ‘n Go+ GO+ yang dilancarkan pada 2021 sudah mempunyai 2.25 juta pengguna. Pada masa yang sama, dari segi insurans, Touch ‘n Go menyumbang kepada 31% Program Baucar Perlindungan Tenang oleh Kerajaan Malaysia.

Sebagai pengetahuan, CIMB e-Zi Tunai adalah produk perbankan konvensional dan tidak mematuhi syariah.

Difahamkan, skim pinjaman itu mengenakan caj tambahan +1% jika lewat membuat pembayaran semula.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases