spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Syed Saddiq gesa K-KOMM jelaskan spesifikasi, maklumat lengkap tablet

- Advertisement -spot_img

KEMENTERIAN Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) digesa menjelaskan spesifikasi dan jenama tablet yang disumbangkan kepada pelajar dalam program Peranti Siswa.

Menerusi ciapan di Twitter hari ini, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meminta Menteri K-KOMM, Tan Sri Annuar Musa menjelaskan berhubung perkara tersebut bagi memastikan tablet berkenaan berkualiti dan tidak mudah rosak.

“Salam Tan Sri @AnnuarMusa, mohon untuk nyatakan specs (spesifikasi) dan jenama tablet. Kita nak pastikan tablet yang diberi berkualiti, boleh tahan lama.

“Lagi penting kalau tablet yang diberi ‘common brand’, supaya kalau rosak senang baiki, senang cari alat ganti. Mohon penjelasan. Terima kasih,” ciapnya.

Sementara itu menerusi hantaran di Facebook, Syed Saddiq juga menzahirkan kebimbangannya berhubung usaha K-KOMM itu kerana tidak menyatakan spesifikasi dan maklumat lengkap berkenaan tablet yang akan disumbangkan kepada pelajar.

“Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia ada tunjuk tablet untuk inisiatif Peranti Siswa. Walaupun sekadar gambar hiasan, K-KOMM patut jelaskan jenama dan spesifikasi tablet.

“Bukan apa, saya risau dengan kualiti tablet yang nak diberi kerajaan ni. Kita nak bagi kepada pelajar yang sangat memerlukan. Bukan senang untuk mereka cari ganti kalau rosak,” katanya.

Menurut Presiden MUDA itu, laptop atau tablet mestilah berjenama yang biasa digunakan orang ramai kerana mudah dibaiki dan memperolehi alat ganti.

“Sebab itu, tablet yang saya bagi sebagai contoh Lenovo M10, brand yang sangat biasa di pasaran. Harga pun lebih kurang RM800 bila saya dapatkan untuk Muar.

“Kalau beli secara pukal dan direct, mungkin boleh dapat lagi murah. Saya mohon penjelasan. Terima kasih,” katanya. – END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases