spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Soalan 15 mohon KWSP meragukan? Ini sebenarnya,

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mula boleh membuat permohonan pengeluaran khas berjumlah RM10,000 melalui portal khas, pengeluarankhas.kwsp.gov.my.

Permohonan sudah dibuka bermula 12 tengah malam, pada 1 April dan akan ditutup pada 30 April ini.

Ahli di bawah umur 55 tahun yang berhasrat berbuat demikian boleh membuat permohonan dan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April.

Permohonan mengikut terma dan syarat pengeluaran.

Bagaimanapun, di mata pencarum pasti tertancap soalan lazim meragukan merujuk soalan 15, sebelum membuat permohonan.

Adakah anda pening dengan soalan 15?

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?
    Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Alamak! Kena ganti ke?

Jadi, perlu ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?

Sebenarnya, pencarum yang membuat permohonan pengeluaran khas ini, tidak perlu membayar semula amaun yang dikeluarkan.

Sebaliknya, soalan lazim itu memberitahu, KWSP akan menggantikan pengeluaran khas itu dengan caruman anda untuk bulan berikutnya.

KWSP akan menggunakan nisbah 70:30 untuk membahagikan caruman anda ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.
RM700 – akan terus ke Akaun 1.
RM300 – akan terus ke Akaun 2.

Namun, bagi pengeluaran khas ini akan menggunakan nisbah 100:0.

Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.
RM1000 – akan terus ke Akaun 1.
RM0 – akan ke Akaun 2.

Nisbah 100:0 akan terus digunakan sehingga baki Akaun 1 (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula.

Sehingga caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu nisbah 70:30.

Diharap penjelasan ini dapat memberi kefahaman kepada pencarum, dan tidak perlu ragu-ragu lagi dengan pengeluaran khas KWSP

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases