spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan yakin hidup warga kota lebih baik fasa peralihan endemik

- Advertisement -spot_img

KUALA LUMPUR : Bermula hari ini, 1 April 2022, Malaysia sudah memansuhkan beberapa SOP dan mengemaskini SOP ‘ kembali kepada kehidupan normal sebelum adanya COVID-19’.

Fasa peralihan ke endemik ini turut menyaksikan Malaysia membuka semula sempadannya kepada pelawat luar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Seri Shahidan Kassim berkata, beliau yakin dengan permulaan fasa baharu ini, Wilayah Persekutuan akan lebih dinamik, ekonomi tempatan meningkat dan kehidupan warga kota bertambah baik.

“Sama-sama kita bangunkan ‘Our City Our Home,” katanya menerusi laman Facebooknya di sini hari ini.


Berikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteri serta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022.

1.Pelitup muka masih wajib di tempat awam.

2. Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).

3. Pendaftaran kemasukan menggunakan MySejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.

4. Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial.
(sudah boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.

5. Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.

6. Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.

7. Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022.

8. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan.

9. MyTravelPass akan dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi MySejahtera.

10. Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.

11. Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.

12. KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.

13. Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).

14. Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.

15. Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.

16. Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)

17. Perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri kuartet dalam masa terdekat ini.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases