spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Shahidan hargai 1,496 sukarelawan banjir

- Advertisement -spot_img

Oleh Tun Puteh Wanti

PUTRAJAYA : Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyampaikan penghargaan 1,496 orang sukarelawan yang terbabit Misi Bantuan Banjir hujung tahun lalu.

Sukarelawan berkenaan terdiri daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan agensi yang terbabit, sebagai tanda aprisiasi di atas sumbangan dan pengorbanan mereka.

Beliau berkata, misi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas akibat banjir kilat pada 18 Disember 2021 hingga 9 Januari 2022.

“Misi yang digerakkan atas dasar keprihatinan kemanusiaan ini telah menghulurkan sumbangan tenaga dan mobilisasi aset dalam operasi membantu, menyelamat dan membersih kawasan yang terkesan.

“Seperti kemudahan awam, rumah warga emas, pengumpulan dan pembuangan sampah, mengepam air keluar dan edaran Bakul Makanan My Food @ Wilayah kepada keluarga yang terjejas di Selatan Negeri Sembilan, Pahang, Melak dan Johor,” katanya menerusi kenyataan di sini semalam.

Kementerian menghargai komitmen warganya bukan hanya semasa bencana sebaliknya diteruskan sehingga pasca bemcana dalam menggalakkan aktiviti kesukarelawan di peringkat komuniti masing-masing.

“Melalui semangat kesukarelawanan ini nilai perpaduan dan We Feeling iaitu kekitaan dapat diperkukuhkan di antara warga Kementerian dan Agensi,” katanya.

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases