spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Pelajar UUM terlibat kemalangan di Caribbean teruskan rawatan di HCTM

- Advertisement -spot_img

NUR Nabilah Mohd Azahar akan meneruskan rawatan susulan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pelajar tahun akhir Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terlibat kemalangan di Curacao, Caribbean pada 28 Disember tahun lalu tiba di tanah air, Jumaat lalu.

Menurutnya, pesawat yang membawa Nur Nabilah, 25, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 8 malam.

“Syukur ke hadrat Allah kerana Nur Nabilah telah kembali ke tanah air untuk mendapatkan rawatan susulannya.

“Nur Nabilah akan meneruskan rawatan di HCTM dan saya berharap dia dan keluarganya tabah serta kuat semangat untuk teruskan rawatan ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Ketibaan pelajar tersebut turut disambut Haim bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, pegawai-pegawai kanan dari Wisma Putra dan UUM serta ibu bapanya, Mohd Azahar Zakaria dan Nor Manira Khalib.

Sementara itu, ibu Nur Nabilah, Nor Manira mengucapkan terima kasih kepada semua pihak membantu menguruskan rawatan anaknya di sana khususnya Wisma Putra, Kementerian Pengajian Tinggi dan juga UUM.

“Alhamdulillah akhirnya anak saya berjaya dibawa pulang di atas kerjasama semua pihak terbabit dan saya rasa amat bersyukur kerana dapat melihat anak saya kembali dengan selamat.

“Di samping itu, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor yang sentiasa berhubung bertanyakan perkembangan Nur Nabilah sehingga kini,” katanya petik Sinar Harian.

Nur Nabilah terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan industri di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember 2021 bagi tempoh enam bulan selepas berlepas ke negara itu pada September 2021.

Kejadian tersebut menyaksikan kaki kanannya terpaksa dipotong selepas terkena kipas bot bagi menyelamatkan nyawanya dan rawatan susulan akan dibuat dalam masa terdekat. – END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases