spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Keluarga Beckham sambut menantu, Brooklyn nikahi anak jutawan Yahudi

- Advertisement -spot_img

Oleh Fhatihah Zakinan

KUALA LUMPUR : Seperti baru sahaja pasangan selebriti ‘fairy tale’, David dan Victoria Beckham melangsungkan perkahwinan mereka sehingga meraih perhatian seluruh dunia.

Walhal, ia sudah berlaku lebih dua dekad lalu, pada 4 Julai 1999 di Luttrellstown Castle di Dublin, Ireland yang mencecah nilai RM2.9 juta ketika itu.

Mereka dikurniakan cahaya mata masing-masing tiga lelaki, iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz, dan seorang perempuan, Harper Seven.

Pejam celik pejam celik, anak sulung pasangan berkenaan, Brooklyn kini bergelar suami kepada pelakon, Nicola Peltz dalam satu majlis perkahwinan mewah dan berprestij di Florida, Amerika Syarikat, sekitar jam 6 petang Sabtu, waktu tempatan.

Memetik media antarabangsa, perkahwinan mempelai Brooklyn, 23, dan Peltz, 27, itu mencecah perbelanjaan sekitar 3 juta pound (RM16 juta) itu berlangsung di rumah agam milik Peltz, yang merupakan anak jutawan Yahudi, Nelson Peltz, di Palm Beach, Florida.

Pasangan itu bertukar ikrar di hadapan seorang rabbi di bawah chuppah yang dihias bunga dalam upacara tradisional Yahudi – sebagai penghormatan kepada warisan Yahudi Peltz.

Seiring dengan tradisi, Brooklyn kemudian memecahkan kaca yang dibalut dengan kain menggunakan tumitnya selepas dia dan pelakon filem The Last Airbender itu sah berkahwin.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran selebriti terkenal termasuk Eva Longoria, Mel C, serta bintang tenis dunia, Serena Williams.

Dalam perkembangan sama, memetik Mail Online, pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton tidak dapat memenuhi undangan majlis perkahwinan itu.

Bagaimanapun, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle didakwa tidak dijemput bagi meraikan perkahwinan berkenaan.

Bintang muda Hollywood itu dilaporkan mengumumkan hubungan mereka secara rasmi pada Januari, 2020.

Mereka mengikat tali pertunangan kurang setahun selepas mula menjalin cinta dipercayai pada Oktober 2019.

Terdahulu, pasangan berkenaan dilaporkan telah menandatangani perjanjian praperkahwinan bernilai 3 juta pound (RM16 juta), menjelang majlis perkahwinan mereka.

Perjanjian itu dibuat bagi melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases