spot_img
spot_img
spot_img
spot_img

Imam tunjuk belang merempit dengan jubah dicekup polis

- Advertisement -spot_img

SEORANG imam telah menunjukkan dua perwatakkannya yang berbeza dalam satu malam.

Dia yang sebelum itu kelihatan warak dengan memimpin jemaah menunaikan solat terawih di sebuah masjid di Rantau Panjang, Klang telah ditahan bersama tujuh individu lain dalam Operasi Khas Samseng Jalanan awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, imam yang berusia 20 tahun itu telah melakukan aksi berbahaya sambil menunggang motosikal dengan memakai jubah di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Shah Alam (Kesas).

Bekas pelajar tahfiz itu juga melakukan aksi ‘superman’ bersama seorang lagi rakannya berusia 22 tahun dan bersaing sesama sendiri.

“Kedua-dua penunggang itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam bagi membantu siasatan.

“Selain itu, polis menyita dua motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R untuk tindakan lanjut,” katanya dipetik Kosmo, hari ini.

Mohd Nadzri lagi menjelaskan, enam penunggang motosikal berusia 14 hingga 24 tahun turut ditahan selepas dikesan menunggang secara berbahaya.

“Semua suspek ditahan di sekitar Shah Alam, Klang dan Kuala Lumpur. Difahamkan kes akan disiasat mengikut Seksyen 28A Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis akan melaksanakan operasi seumpama itu secara berterusan bagi membanteras aktiviti samseng jalanan yang mengundang bahaya kepada diri dan pengguna jalan raya,” katanya. – END

- Advertisement -spot_img

Covid

Malaysia covid cases